USAHAWAN sens4si Kak KM bakal mengambil tind4kan s4man terhadap seorang peniaga atas talian yang menggunakan gambarnya sebagai bahan promosi tanpa kebenaran.
Menurut Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli, individu terbabit dikatakan menjual produk bengkung sama seperti produk KM Ikat keluaran syarikat miliknya.
“Pagi ini (Khamis) saya nampak individu tersebut semakin banyak guna gambar dan video saya untuk tujuan promosi sedangkan dia bukannya jual produk saya.
Kak KM tak akan berdiam apabila ada orang cuba ambil kesemp4tan.
“Saya tidak kenal dia siapa, dia juga bukan menjual produk milik saya. Tak tahulah produk dari mana yang dijual namun mudah-mudah guna gambar saya.
“Memang saya tidak akan berdiam apabila perkara begini berlaku. Saya akan buat lapor4n dan tunggu surat s4man,” katanya ketika dihubungi mStar.
Terdahulu, anak kepada pelakon Normah Damanhuri ini berkongsi satu video memberi am4ran kepada individu berkenaan di laman Instagram miliknya pada Khamis.
Sementara itu, Kak KM memberitahu dia mula menyedari tind4kan tidak bertanggungjawab individu berkenaan sejak sebulan lalu, namun masih mengambil langkah berdiam diri kerana memikirkan ia bukanlah satu perkara serivs.
Bagaimanapun, dia mula bertind4k selepas perniagaannya terkesan sehingga ramai pelanggan mula bertanya kesahihan produk tersebut.
“Sebenarnya sudah sebulan juga saya perasan tentang perkara ini. Selama ini hanya berdiam sahaja. Tidaklah fikir mahu ambil sebarang tind4kan s4man.
“Semakin lama saya nampak orang itu semakin menjadi-jadi. Dia ambil jalan mudah guna gambar dan video saya. Ramai juga yang bertanya adakah itu benar produk saya sebab itu rasanya saya tidak boleh terus berdiam,” ujarnya.
Mengakui bengan dengan individu berkenaan, Kak KM berkata dia bersedia untuk berdepan bagi menyelesaikan isu berkenaan.
Tambahnya, ini bukan kali pertama berlaku kerana sebelum ini juga ada pihak lain yang melakukan tindakan sama.
“Saya memang rasa m4rah sekarang ini. Kalau jumpa nak tumbvk muka orang tu sebab ambil jalan mudah macam ini. Saya penat berniaga, ada pula orang lain yang ambil kesempatan dengan cara begini.
“Bukan sekali terjadi. Sudah banyak gambar dan video saya digunakan tanpa kebenaran. Kalau terus berdiam takut nanti perkara begini akan terus berleluasa,” jelasnya.
Sumber : Mstar