Selebriti popular, Janna Nick tampil menegvr tind4kan segelintir blogger yang did4kwa menggunakan tajuk ‘pan4s’ membabitkan fizikal dirinya demi menarik perhatian.
Memohon mereka untuk mendapatkan sumber sahih selain tidak memanipulasi fikiran pembaca yang lebih gemar membaca tajuk semata-mata, Janna turut menjelaskan situasi sebenar yang belaku ketika keberadaannya pada acara promosi tayangan filem baru-baru ini.
“Kadang-kadang tak faham dengan penulisan sesetengah ‘blogger’. Kalau ye pun headline nak kejar clickbait. Make sure la sumber tu sahih dan tak manipulasi pemikiran pembaca. Jangan sampaikan benda yang salah. Orang kita pulak sejenis baca tajuk je.
“Video yang viral tu, video dari pembaca yang hadir ke acara tersebut. Peminat tu seorang perempuan dan dia bawa anak. Saya toleh ke belakang untuk melambai dan mengajak anak peminat tersebut untuk bergambar dengan saya.
“Bukan tayang b0nt0t. Dah dari belakang memang la nampak punggvng. Takkan nampak hidung pulak,” luahnya.
Perkara tersebut dikongsikan pelakon Cari Aku Di Syurga itu menerusi Insta Stories, hari ni.
Terdahulu, video yang dimuat naik pengguna TikTok itu memperlihatkan bentuk badan Janna yang sedang duduk menerima komen-komen berunsur tidak baik segelintir netizen.
“Habis tu nak kena buat apa ni? Kesian jadi perempuan, semua benda nak dijadikan ‘seggs symbol’. Kalau dah kambing pun kena r*g0l. Kalau memang jenis gat4l, tengok buah epal pun dia bernafsu,” tulisnya lagi.
Sumber : MH