Isu sambal yang dikirim kepada pelanggan tumpah sewaktu proses penghantaran membuatkan jenama sambal milik influencer terkenal Khairul Aming telah mendapat krit1kan pertama selepas banyak maklum balas positif diterima sebelum ini.
Perjelaskan isu sambal tumpah
Disebabkan video yang dikongsi oleh seorang pengguna TikTok menjadi perbualan di media sosial, Khairul Aming telah tampil menjelaskan isu tersebut.
Dia telah memberikan jawapan yang cukup jelas dengan fakta-fakta yang tepat berkenaan proses pembungkusan dan penghantaran sambal keluarannya.
@khairulaming Ini penjelasan kenapa kita tak pakai extra kotak untuk sambal nyet. Maaf di atas kebocoran sambal dan terima kasih @CikguSamm| Coach Biz & Produk for the feedback! ? #makanlokal #sambalnyet ♬ original sound – Khairulaming
Minta maaf dan akan ganti yang baru
Influencer berkenaan juga turut memulakan video dengan minta maaf diatas apa yang berlaku dan akan menggantikan segera Sambal Nyet yang telah tumpah itu.
Nampaknya, cara Khairul Aming membuat penjelasan serta memberikan alasan mengapa pihaknya tidak meletakkan sambal tersebut di dalam kotak dan lebih memilih untuk membungkusnya menggunakan bubble wrap.
Menurutnya, keberangkalian untuk sambal tumpah amat rendah sejak dia menggunakan cara tersebut dan setiap minggu sebanyak 25,000 botol selamat sampai ke pelanggan, manakala hanya beberapa biji botol sahaja mengalami masalah terbabit.
Bila engineer berbicara
Penjelasan yang cukup ‘clear’ dari Khairul Aming telah membuatkan warganet berpuas hati dan memvji cara penyampaiannya.
Mereka juga mengatakan bahawa itulah pentingnya ilmu buat golongan muda yang ingin menjadi influencer ataupun entrepreneur kerana dapat menyelesaikan masalah dengan lebih bijak.
Macam ni la cara nak buat bussines
Bagus penjelasan macam ni, semua faham
Kalau engineer buat kerja memang tersusun
Cara handle masalah pun bijak
Terus jelas KA explain
Sumber: TikTok Khairul Aming