Suami berwajah feminin, wanita tergelak diminta bvktikan -“Dia memang lelaki”

Beberapa hari kebelakangan ini, tular di media sosial terutamanya di TikTok apabila seorang wanita berkongsi video bersama suaminya dan menerima komen bertanyakan status j4ntina suaminya itu.

Wajah dia feminin sangat

Perkara lucu berkenaan telah dialami oleh pengguna media sosial menggunakan nama akaun bebecat0 apabila suaminya sering dikira wanita kerana berwajah feminin.

@bebecat0 Replying to @pia? ♬ original sound – ? <

Ramai pulak tanya dekat komen

Dia akui pen1ng untuk menjelaskan hal itu susulan daripada beberapa pertanyaan daripada netizen selepas dia berkongsi gambar-gambar bersama suami di media sosial terutamanya ketika majlis persandingan mereka.

@bebecat0

one with my shuben sugar bb ??

♬ Jimmy Cooks – Drake

Dengar suara baru percaya ‘abang-abang’

Disebabkan kisah mereka tular, pihak Mstar telah menghubungi mereka dan mendapatkan penjelasan dari tuan empunya badan sendiri.

Menerusi video yang dikongsikan sumber, wanita tersebut menjelaskan bahawa suaminya memang seorang lelaki dan akui kerap menerima soalan yang sama.

Dalam pada itu, lelaki tersebut dikenali sebagai Luqman turut memaklumkan yang dia memang kerap dikira sebagai perempuan namun apabila dia membuka mulut, barulah mereka percaya akan status dirinya.

Dah biasa memang kerap ditanya

Menurut wanita itu lagi, dia juga pernah diminta untuk menunjukan kad pengenalan suami kerana tidak mempercayai bahawa suaminya adalah seorang lelaki tulin.

Walau bagaimanapun, mereka sama sekali tidak berasa terguris andai ditanya tentang perkara itu kerana sudah kerap menerima soalan tersebut.

Luqman juga mengakui yang sudah mencuba untuk menyimpan dan menumbuhkan jambang atau janggut, namun tetap tidak berjaya.

Pasangan suami isteri yang baru tiga bulan berumah tangga tersebut turut menjelaskan mereka langsung tidak mempunyai sebarang masalah dan hidup seperti pasangan suami isteri yang lain.

Sumber: TikTok @bebecat0, YouTube Mstar 

About admin

Check Also

Berpihak Kepada Yang Benar, Yusof Haslam Restu Isteri Jadi Pencelah

Pengarah Datuk Yusof Haslam memberi keizinan kepada isterinya, Datin Patimah Ismail untuk jadi pencelah dan saksi buat menantunya, Puteri Sarah dalam kes …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *