Ajar pembantu rumah solat, netizen anggap konten Iqbal b0d0h -“Tak ada ad4b ke?”

Nama usahawan sens4si, Iqbal Zulkefli rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi. Mana tidaknya, ada sahaja kontr0versi yang mengaitkan dirinya sehingga mencetvskan krit1kan serta kec4man daripada orang ramai.

Baru-baru ini, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Iqbal di laman Instagramnya, kelihatan Iqbal sedang memegang sebuah penyapu sambil mengajar pembantu rumahnya yang dikenali sebagai Indah di ruang tamu rumahnya.

“Ajar pembantuu rumah solat, Lain kali cakap yang bukan-bukan lagi ya Indah. Ada hari dapat hadiah, ada hari dapat rotan,” ujarnya di ruangan kapsyen.

Benda macam ni pun nak buat konten ke?

Tindakan usahawan yang berusia 28 tahun itu telah mencetuskan rasa kurang senang oleh seorang netizen yang menyifatkan Iqbal menghasilkan sebuah konten yang tidak bijak serta tidak berad4b.

Pun begitu, Iqbal telah memberi respon daripada komen yang diberikan oleh individu tersebut supaya tidak terlalu serivs dalam melihat sesuatu perkara.

Aib dia tu bang, tak baik buat macam itu

Malah, rata-rata menyifatkan Iqbal tidak sepatutnya menjadikan perkara itu sebagai konten atau mendedahkan ia kepada umum untuk mengajar pembantu rumahnya itu solat kerana ia merupakan aibnya yang perlu dijaga.

Lebih baik suruh ustaz atau ustazah yang ajar

Ada juga netizen yang memberi pendapat supaya Iqbal mencari ustazah untuk mengajar pembantu rumahnya itu mengenai ibadah solat supaya ia nampak lebih baik dan serius dalam menuntut ilmu dunia dan akhirat.

Sumber: Instagram @ahmadiqbalzulkefli

About admin

Check Also

Aliff Syukri jumpa Shuhada nasihat selamatkan rumah tangga, netizen pula minta tinggalkan Hafidz Roshdi

TINDAKAN usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri memuat naik video bertemu dengan isteri pelakon Hafidz Roshdi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *