PENYANYI Datuk Jamal Abdillah tidak pernah menandatangani sebarang perj4njian untuk hadir ke sebuah acara di Singapura susulan dakw4an dia membat4lkan kemunculan istimewa di negara itu pada Sabtu.
Jamal juga mend4kwa sudah memaklumkan kepada Roslan Shah tidak dapat menghadiri program itu disebabkan terikat dengan komitmen lain.
“Saya masih ingat, ketika dalam perjalanan dari Kuantan ke Dungun bulan lalu, Roslan ada menghubungi saya, pvjuk untuk hadir ke acara berkenaan. Saya sudah jelaskan, saya ada konsert eksklusif dengan penganjur di Singapura dan tak mahu g4nggu penjualan tiket dengan membuat kemunculan terlalu kerap.
Jamal tidak mahu bertanggungjawab soal ganti rvgi yang perlu dib4yar Roslan.
“Lebih sejam kami berbual di telefon… sebelum itu, dia hanya menghubungi staf saya untuk menawarkan jemputan berkenaan tetapi saya tidak pernah memberikan persetujuan. Entah mengapa dia nak tempah hotel, buat iklan dan buat pengumuman di media bahawa saya terlibat.
“Sudah banyak kali saya ulang, tapi itulah, beb4l si Roslan ini, dia mahu juga saya datang. Mungkin dia (Roslan) ada agenda sendiri atau mahu kaut keuntungan,” katanya ketika dihubungi mStar pada Sabtu.
Terdahulu, menerusi temu bual bersama mStar, Roslan mend4kwa dia terp4ksa membayar ganti rvgi berjumlah RM33,000 kepada pihak penganjur Pameran Pengantin Expo Singapura susulan Jamal membatalkan kehadirannya di saat akhir sebelum acara berlangsung.
Roslan berperanan sebagai pembantu acara bagi expo itu yang bertanggung jawab menguruskan artis.
Mengulas mengenai ganti rugi yang dinyatakan Roslan, Jamal menegaskan itu bukan tanggung jawabnya kerana sejak awal dia sudah memaklumkan tidak dapat menyertai program berkenaan.
“Dia kena bayar ganti rvgi, bukan masalah saya. Sekiranya saya ada tanda tangan perjanjian maka barulah ia jadi tanggung jawab saya. Saya tidak tahu apa-apa mengenai perkara ini.
“Sudah tentu saya rasa mar4h apabila orang boleh guna nama saya sewenang-wenangnya,” jelas Jamal.
Sementara itu, Jamal memberitahu dia telah meminta anak lelakinya, Yamani Abdillah untuk tampil mengadakan persembahan di Singapura untuk tidak mengec3wakan peminat memandangkan namanya telah disenaraikan sebagai artis yang akan hadir membuat kemunculan istimewa.
Roslan berkongsi tuntvtan ganti rvgi yang perlu dibayar susulan ketiadaan Jamal.
Perkara itu dilakukan kata Jamal kerana memikirkan namanya telah diwar-warkan akan hadir dan sekurang-kurangnya kehadiran Yamani sebagai wakil dirinya.
Dalam perkembangan lain, Jamal memberitahu bakal mengadakan sebuah konsert di Singapura pada 31 Disember depan dan 1 Januari 2023.
Sumber/Kredit : mStar
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.