Semalam, pelakon Fattah Amin menyambut hari jadinya ke 32. Ucapan paling bermakna sempena hari lahir ini pastinya datang dari isteri tersayang, Nur Fazura yang memuat naik satu posting di Instagram miliknya meluahkan rasa sempena ulang tahun suami tersayang.
Suami mana yang tidak cair apabila si isteri membuat ucapan sempena hari lahir kemudian diakhiri pula dengan ungkapan ‘I love you’!
Malah ibu kepada seorang cahaya mata ini menyifatkan Fattah sebagai seorang sangat berharga, selain sentiasa menjadi cahaya dan tulang belakang baginya.
“Ini untuk kesayangan saya..sempena dengan sambutan kelahiran kamu hari ini, saya ingin kamu tahu yang betapa berharganya kamu sebagai seorang manusia.
Terima kasih sayang kerana menjadi cahaya dalam hidup saya, menjadi tulang belakang saya, penasihat saya, orang kuat saya dan kadang-kadang clingy-hubsbaby.
Terima kasih sayang kerana menjadi penyokong terbesar ketika waktu senang dan susah. Setiap hari, saya berasa sangat bertuah kerana Allah SWT memilih kami untuk menjadi suami dan ayah terbaik kepada Fatima.
“Kepada cinta hatiku, semoga Allah SWT sentiasa melindungi, merahmati, memberi petunjuk dan hidayah serta mengurniakan keredaan-NYA buat sayang di dunia akhirat. I love you baby”tulis Fazura..
Terbaru pula, Di akaun Instagram Jetaime.fattzura ( akaun kelab peminat Fattah dan Fazura ) , telah dikongsikan beberapa buah posting yang memaparkan surprise sambutan hari jadi Fattah daripada Fazura dan sahabat-sahabat akrabnya.
Pasangan ini berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang anak bernama Nur Fatima yang berusia dua tahun.
Genap usia Fattah yang ke 32 tahun, sebiji kek istimewa ditempah untuk Fattah. Comel sahaja dekorasi kek Fattah yang dibuat patung seperti Fatima di atasnya. Tanjak berwarna hitam juga turut sama kelihatan pada kek ini.
Gembira sekali semua rakan-rakan meraikan Fattah terutamanya Fazura. Jarang untuk peminat melihat sifat romantis Fattah secara terbuka namun semalam aksi Fattah bersama Fazura membuatkan peminat tersenyum sendiri.
Beberapa kali Fattah menc1um bahu Fazura dan menguc0p pipi isterinya ini. Diberikan hadiah hari lahir berupa sebuah jam tangan, lagi bertambah kecoh dengan sorakan semua yang ada di situ. Bahagianya peminat melihat Fattah dan Fazura.
Jom tonton video di bawah :
View this post on Instagram
View this post on Instagram
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Beruntung Fattah dan Fazura mempunyai rakan-rakan yang sporting dan menyayangi sebegini. Antara komen-komen peminat :
” Surprise birthday dari bff dan Isteri tercinta. part suh c1um c1um tu comel je muka Fattah dengan Fazz.. “
” Masya Allah, semoga Allah selalu pelihara Fattzura. HB to daddy nyamma FA smoga panjang umur murah rezeki happiness always love buat family tersayang.. “
” Ya Allah tak tahu nak kata apa dua dua ni, masih m4lu-m4lu ye. haha sweet je, laju je k1ss pipi Fazz tu Fattah.. “
dah bersemut. Sweet je lah Fattah ni, walaupun m4lu-m4lu nampak penyayangnya pada isteri.. “
” Comelnya kek Fattah, ada Nyanma okey haha. Happy birthday Fattah, wah dapat hadiah jam daripada wifey lah.. “
” Alaah sweet sangat fattah. muka m4lu-m4lu pun sempat k1ss cepat2 pipi fazz.. eeii comel lak dorang ni.. “
” The way he look at her, oh my melt1ng tengok. lots of love sangatlah Fattah dan Fazura ni.. senyum sorang-sorang tau tengok sweet couple ni..”
Sudah bertahun-tahun hidup bersama sebagai suami isteri pun masih m4lu-m4lu pasangan Fattzura ini. Apa-apa pun, peminat sentiasa mendoakan agar rumahtangga Fazura dan Fattah ini berkekalan hingga ke syurga.
Menjengah ke laman Instagram milik teman-teman rapat pasangan ini, Fazura turut mengadakan majlis sambutan hari jadi untuk Fattah secara tertutup untuk teman-teman terdekat mereka di sebuah restoran di ibukota. Malah, melalui insta story beberapa teman rapat pasangan ini.
View this post on Instagram
Nampaknya Fazura menghadiahkan seutas jam tangan mewah untuk suami tersayang. Tetapi baik Fattah mahupun Fazura tidak mempamerkan pemberian tersebut di khalayak dan sebaik Fazura menyarungkan jam tangan tersebut, Fattah tersenyum dan menarik lengan bajunya untuk menutup pemberian dari isteri tersayang.
Happy birthday Fattah! Agaknya apa ya jenama birthday gift Fazura tu? Hanya Fattah yang tahu!
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page
Sumber: NONA, IG FAZURA, IG jetaime. fattzura
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.