Tak tahan tengok suami, abang ipar OKU berpelvk… Si isteri join ‘drama air mata’ atas pelamin… Kasih anak syurga tiada penghujung

MAJLIS perkahwinan yang sepatutnya diraikan dengan penuh kegembiraan bertukar seb4k disulami drama air mata.

Momen pengantin lelaki memeluk abangnya yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) di hadapan pelamin cukup menyentuh em0si semua tetamu yang hadir.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, kelihatan si abang istimewa seperti tidak mahu melepaskan pelvkan erat adiknya.

Malah pengantin perempuan juga mengalirkan air mata sebelum mendekati dan turut memelvk dua beradik itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Bercakap kepada mStar, pengantin lelaki, Wan Mohammad Irham Wan Mustafa berkata, momen itu terjadi semasa majlis perkahwinannya di sebuah hotel di Shah Alam, Selangor, pada 11 September lalu.

Pemuda berusia 27 tahun itu memberitahu, kemunculan abangnya yang menghidap sindrom down sejurus selesai sesi ‘salam restu’ membabitkan kedua-dua belah keluarga pengantin.

“Ada sesi khas saya dan isteri bersama abang. Sebaik pengacara majlis menyebut nama abang, dia terus berlari datang memelvk saya.

“Pertamanya, saya sebak melihat wajah abang yang sedih. Tak boleh nak kawal perasaan, apatah lagi abang berkali-kali menyebut nama arw4h abah,” katanya

Lebih mesra disapa Wan, dia juga lebih dikenali sebagai ‘Baby’ oleh abang istimewanya, Wan Ahmad Irman berusia 28 tahun.

“Sebenarnya sejak hari akad nikah lagi abang dah mula merajuk. Lebih-lebih lagi ketika bapa mentua menyebut nama penuh saya sekali dengan nama arw4h abah.

“Abang paling rapat dengan saya dan arw4h abah. Mungkin itu yang membuatkan dia seb4k. Masa berpelvkan di depan pelamin, abang berkali-kali sebut arw4h abah.

“Dulu, masa arw4h abah baru meningg4l, abang selalu jalan kaki ke kubvr arwah sebab rindu, kebetulan kubvr tu dekat je dengan rumah,” katanya sambil memberitahu bapa mereka meninggal dunia akibat s4kit tua, kira-kira lapan tahun lalu.

Wan (tiga, kiri) dan isteri (tiga, kanan) bersama keluarga.

Menurut anak kedua daripada empat beradik itu lagi, abangnya sulungnya itu juga merupakan peminat penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza.

“Abang suka karaoke dan lagu-lagu kesukaan dia adalah nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza. Dia selalu kata nak kahwin dulu daripada saya, dia nak kahwin dengan Siti Nurhaliza.

“Tapi kami beritahu abang yang Siti Nurhaliza dah kahwin, dah ada suami. Abang seakan faham, dan dia tetap menyanyikan lagu-lagu Siti Nurhaliza seperti Nirmala,” katanya.

Berasal dari Jengka, Pahang, Wan berkata, dia memperisterikan penganalisis data, Lyana Amiera Nazlee, 28, setelah enam tahun berkenalan.

Berkongsi cerita, Wan yang merupakan pengurus kedai berkata, dia dimaklumkan oleh ibu mengenai perihal abangnya sejurus selesai majlis pernikahan.

“Mak beritahu apabila abang dapat tahu yang saya nak kahwin, setiap malam dia tanya mak bila harinya. Abang macam mengingati hari kahwin saya, macam buat countdown.

“Sebagai adik saya terharu dan tak sangka. Kita tak tahu apa yang dia rasa sebenarnya tapi walaupun saya telah bergelar suami orang, dia tetap abang kesayangan saya.

“Abang seorang yang pendiam dan rajin buat kerja-kerja rumah. Saya paling kavum adalah kejujurannya.. perasaannya sebagai abang yang ditunjukkan pada saya dan disaksikan oleh isteri dan seluruh dewan.

“Kasih sayang itu membuatkan abang terlalu istimewa,” katanya.

Sumber : Mstar

About admin

Check Also

Berpihak Kepada Yang Benar, Yusof Haslam Restu Isteri Jadi Pencelah

Pengarah Datuk Yusof Haslam memberi keizinan kepada isterinya, Datin Patimah Ismail untuk jadi pencelah dan saksi buat menantunya, Puteri Sarah dalam kes …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *