Ibu kepada kepada ejen jualan kosmetik, Rosnazirah Mohd Naim, 36, yang dipercayai dilarikan beberapa lelaki dari kediamannya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, Kelantan petang Selasa, Zahasnah Mohd Zain, 75, akui hatinya lulvh ketika melihat anak dih3ret di depan matanya.
Katanya lagi, hanya Allah sahaja yang tahu betapa sed1hnya hati ketika mengenangkan nasib anak yang sehingga kini tidak diketahui,”
Zahasnah menambah, sehingga kini mereka sekeluarga masih masih tr4uma dengan apa yang berlaku dan terngiang-ngiang lagi suara anaknya yang meminta tolong ketika dih3ret sekumpulan lelaki itu.
“Makcik tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya kerana sehingga kini kami sekeluarga tidak menerima sebarang panggilan sama ada mahu meminta wang tebusan ke apa.
“Makcik sekarang terlalu sed1h mengenangkan nasib anak yang sehingga kini tidak mendapat sebarang khabar berita.
“Makcik hanya mampu berdoa supaya Rosnazirah ditemui selamat dan menyerahkan kepada pihak polis untuk sias4tan lanjut,” katanya ketika ditemui di kediamannya, di sini, pada Rabu.
Menceritakan kej4dian yang berlaku jam 5.10 petang itu, Zahasnah berkata, dia baru selesai solat Asar sebelum didatangi sekumpulan lelaki yang bertanyakan anaknya.
“Suami terus memanggil anak yang ketika itu berada di dapur dan secara tiba-tiba Rosnazirah dih3ret tanpa sempat memakai selipar atau tudung.
“Pakcik (suami) sempat bergelvt beberapa minit walaupun lelaki itu mengeluarkan pis4u, namun pakcik terpaksa mengalah sebaik lelaki itu mengeluarkan pist0l sambil mengeluarkan kata-kata ugut4n.
“Ketika itu ramai yang meny4ksikan kejadian itu termasuk anak Rosnazirah yang menangis meminta pertolongan, namun tiada siapa yang ber4ni mengenangkan lelaki itu mempunyai p1stol.
“Ketika kej4dian, terdapat lima lelaki semuanya iaitu seorang menunggang motosikal manakala empat lagi menaiki kereta.
“Sebelum kejadian saya perasan sebuah motosikal lalu lalang di kawasan rumah, mungkin dia datang memantau,” katanya.
Sementara itu, adik m4ngsa, Mohd Syarafi, 26, berharap kakaknya ditemui selamat dan menyerahkan perkara itu kepada pihak polis.
Katanya, kakaknya bekerja sebagai ejen produk kosmetik sejak tiga tahun lalu dan dia serta keluarga tidak pernah dimaklumkan sama ada kakak ada berhutang atau sebaliknya.
“Kami sekeluarga akan mengadakan solat hajat dan besar harapan kami kakak dibebaskan dan pulang dengan selamat,” katanya lagi.
Terdahulu, Dalam kejadian tersebut, Rosnazirah dikatakan dilarikan sekumpulan lelaki dengan menaiki kereta jenis Toyota Vios dan terdapat penduduk memaklumkan melihat m4ngsa dibawa menaiki bot ke Thailand sebelum kereta terbabit ditemui jam 10 malam Rabu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah dalam satu kenyataan mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian.
Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dibuat dan turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan sias4tan.
Sumber : HarianMetro