Peminat Indonesia pel1k kenapa netizen Malaysia anggap Baby Shima ‘over’

Umum mengetahui penyanyi dangdut, Baby Shima mencipta populariti tersendiri di Indonesia dengan kerap berulang-alik ke republik itu seperti rumah keduanya.

Namun begitu, Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli sering mendapat kec4man netizen Malaysia berhubung pelbagai isu, dari penghasilan lagu sehingga penampilannya.

Perkara tersebut membuatkan peminat Indonesia berasa hairan dengan penerimaan segelintir netizen Malaysia, sedangkan penyanyi berusia 30 tahun itu ‘okey’ sahaja di negara seberang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NENG BABY SHIMA (@babyshimaofficial)

Menerusi satu posting dimuat naik di laman Instagram baru-baru ini, Shima berkongsi video ketika ditemu bual sebuah stesen radio di sana bagi tujuan mempromosikan lagu miliknya.

Salah satu komen peminat Indonesia yang dipinkan memberi pendapat bahawa penyanyi lagu Pura-Pura Bujang itu dilihat biasa-biasa dan tidak ‘over’ di negara mereka.

Menurut individu tersebut, Shima sudah berjaya mencipta nama di negara jiran sedangkan ramai lagi artis Malaysia mencuba nasib untuk popular di Indonesia tetapi tidak berjaya.

“Di Indonesia Shima dilihat biasa-biasa saja, tak terlalu berlebihan seperti artis lain yang sering kontroversi di sini. Tapi kenapa di Malaysia dianggap terlalu berlebihan ya.

“Apakah kerana mereka iri atau apa? Banyak artis Malaysia ingin tembus karier di sini, cuma sedikit yang boleh dihitung dengan jari.

“Baby Shima salah satu antara orang Malaysia yang popular di Indonesia,” tulis individu berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NENG BABY SHIMA (@babyshimaofficial)

Komen itu secara tidak langsung mengundang perdeb4tan antara netizen Malaysia dan Indonesia dimana banyak faktor membuatkan seseorang artis itu diterima atau kurang diminati masyarakat.

Kenapa kami nak iri pula bro? – Netizen Malaysia

Ramai juga ustaz online – Netizen Indonesia

Sumber: Instagram Baby Shima

About admin

Check Also

“Takvt Hil4ng Imej ‘Isteri Teran1aya’..” – Syamsul Buat Surat Terbuka, Dakw4 PS Bersungguh Suruh T4rik K3s Nusyuz

Tengah pagi semalam, pengarah Syamsul Yusof dilihat memuat naik satu surat terbuka buat isteri pertamanya, Puteri …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *