PESANAN terakhir Allahy4rham Aman Shah kepada anak sulungnya iaitu Hadzly akan terus dikenang dan menjadi am4nat yang perlu dipegang sepanjang hayat. Menurut Hadzly, 43, sejak kecil hubungannya dengan bapa agak rengg4ng, namun ia kembali terjalin erat selepas dia mengambil keputusan tinggal berdekatan di Kuala Lumpur. Sebenarnya saya tidak rapat dengan arw4h ketika kecil kerana dibesarkan oleh arw4h nenek.
“Selepas bekerja dan menetap di Kuala Lumpur barulah hubungan kami akrab dan dia selalu ajak bercuti sama jika ada masa lapang.”Kali terakhir pesanan arw4h kepada saya adalah untuk menjaga baik semua anak-anak. Itu adalah am4nat yang akan sentiasa saya pegang,” katanya kepada mStar. Hadzly ditemui semasa pengebumian arw4h bapanya itu yang diadakan di Masjid Al- Mukhlisin, Alam Damai, Cheras, Selangor pada petang Rabu.
Sementara itu, seorang lagi anak arw4h iaitu Zalelo berkongsi detik pertemuan terakhir bersama bapa ketika majlis pertunangannya yang diadakan di Singapura. Zazelo yang juga merupakan penyanyi di negara berkenaan mengakui terkejvt apabila mengetahui berita pemergian bapa tercinta. Kata Zalelo atau nama sebenar Afrah Athasha, 23, dia berharap agar dapat mencipta lebih banyak kenangan bersama arw4h.
Baru dapat jumpa ayah. Dia datang ke Singapura ketika saya bertunang. Tak sangka dia meningg4l dunia secepat ini. Saya berharap dapat mencipta lebih banyak kenangan bersama jika arw4h masih dipanjangkan usia, katanya. Zalelo merupakan anak Aman hasil perkongsian hidup bersama bekas isterinya Farah Diba Abdul Aziz.Aman pernah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali dan mempunyai enam orang anak hasil semua perkahwinan.
Aman Shah menghembvskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara akibat ser4ngan jantvng pada pukul 2.20 petang, Rabu.
Sumber : Mstar