[VIDEO] “Ini Yang Ditunggu!” – Netizen Tervja Anna Jobling Ters4sul Panggil Meerqeen ‘B’

Pelakon jejaka, Meerqeen dan aktres jelita Anna Jobling tidak dinafikan sering mencvri perhatian netizen selepas kemunculan drama bersiri yang menjadi fenomena sehingga kini iaitu Melur Untuk Firdaus.

Mereka sering dikaitkan mempunyai hubungan istimewa oleh rata-rata netizen namun ketika disoal masing-masing menafikan perkara tersebut.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan Meerqeen dan Anna berada di ‘backstage’ sambil menunggu giliran mereka untuk membuat satu pengumuman penting semasa di konsert Terpaling Juara minggu keempat yang berlangsung semalam.

Dalam video berdurasi 35 saat itu, Anna terlepas kata memanggil Meerqeen dengan panggilan ‘B’ lalu reaksi wajahnya berubah terkejut.

“B, don’t keluar,” katanya.

Video yang dimuat naik oleh salah seorang peminat mereka menerusi ruangan TikTok dibanjiri dengan peminat MeerNa (gabungan nama Meerqeen dan Anna) teruja melihat gelagat mereka sebelum muncul di kaca televisyen.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut meraih sebanyak 200,000 tontonan, 10,000 tanda suka dan 100 komen.

Meerqeen dan Anna membuat pengumuman penting di konsert Terpaling Juara minggu keempat yang memaklumkan drama bersiri kegemaran ramai iaitu Melur Untuk Firdaus bakal muncul dengan musim kedua di TV3.

Kemunculan mereka di konsert tersebut meraih pelbagai reaksi peminat mereka sehingga tanda pagar #MeerNaOnTerpalingJuara turut trending di aplikasi Twitter semalam.

Sumber : Xtra

About admin

Check Also

“Bukan lagi k4ki melent1ng & k4ki g4duh”- Sharnaaz Ahmad samakan diri seperti ay4m

Baru-baru ini, nama pelakon Sharnaaz Ahmad terp4lit dengan k0ntroversi melibatkan k0nflik penggugvran nama aktor Datuk Aaron …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *