“Pengalaman mah4l!”-Alif Satar dikatakan bertu4h dapat tengok ker4nda Ratu Elizabeth II

Jika anda mengikuti laman Instagram selebriti Alif Satar, pasti ramai mengetahui bahawa pelakon dan penyanyi itu kini sedang bercuti bersama keluarga kecilnya di luar negara.

Namun, siapa sangka percutian mereka sekeluarga pada kali ini bertukar menjadi momen terindah dan tidak disangka-sangka sehingga menarik perhatian ramai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)

Cari nasi briyani terjumpa perarakan kereta m4yat bawa ker4nda Ratu Elizabeth II

Menerusi hantaran di laman Instagram miliknya, Aliff atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar tidak menyangka perjalanan mencari nasi briyani di Edinburgh, London membuahkan kenangan bermakna buat mereka dan tidak akan dilupakan sepanjang hayat.

Mana tidaknya, dia sekeluarga berpeluang melihat sendiri perarakan kereta m4yat yang membawa ker4nda Ratu Elizabeth II yang sedang merentasi ribuan rakyat jelata pada ketika itu.

“Semalam (Ahad), kami tinggalkan hotel di The Gleneagles untuk Edinburgh. Sampai saja di Edinburgh, kami pun tinggal kereta dan berjalan di bandar untuk mencari makanan tengahari.

“Sekali, sedang kami berjalan mencari briyani (dah seminggu lebih tak makan nasi), tengok-tengok jalan semua tutup. Nak lintas seberang jalan pun tak boleh sebab orang dah ramai.

“Rupa-rupanya ada perarakan kereta yang membawa ker4nda Ratu Elizabeth II.”tulisnya di ruangan kapsyen hantaran tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)

Percutian mah4l dan pengalaman takleh dilupakan

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana ramai meluahkan rasa bangga dan teruja apabila Alif dan keluarganya dikatakan bertuah kerana berpeluang melihat peristiwa bersejarah itu di depan mata.

Minggu lalu, satu dunia dikejutkan dengan berita kem4ngkatan Ratu Elizabeth II selepas 70 tahun berkhidmat sebagai Raja dan baginda menghembuskan nafas terakhirnya di sisi ahli keluarganya di estet Scotland tercinta, Balmoral.

Dan, Raja Charles III secara rasminya ditabalkan sebagai Raja baharu Britain oleh Majlis Pemasyhuran pada hari Sabtu lalu.

Sumber: Instagram @alifsatar

About admin

Check Also

Syamsul Kecew4 Tak Dapat Jumpa Puteri Sarah, Mahu Bincang Giliran Bermalam

Pengarah sens4si, Syamsul Yusof meluahkan rasa kecew4 apabila tidak dapat bertemu dengan isteri pertamanya, Puteri …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *