Silat sembah pengantin adalah salah satu tradisi Melayu yang dapat dilihat ketika majlis bersanding. Tujuan silat berkenaan adalah untuk meraikan Raja Sehari serta para tetamu yang hadir. Namun begitu, lain pula terjadi kisah seorang wanita ini apabila dia seperti ‘naik syeikh’ apabila mendengar bunyi tiupan serunai dan ketukan paluan gendang.
Tiba-tiba bersilat
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna dikenali sebagai Eitabeauty8 di TikTok, memaparkan dua pesilat perempuan membuat persembahan di hadapan pengantin serta seorang budak lelaki dilihat begitu tervja melihat persembahan berkenaan.
Si ibu yang merupakan kakak kepada pengantin yang melihat anaknya seperti ingin bersilat itu kemudiannya menarik kanak-kanak lelaki tersebut. Lebih mengejvtkan lagi apabila secara tiba-tiba wanita terbabit kelihatan tidak dapat men4han diri sebelum membuka langkah untuk bersilat.
Kakak pengantin naik angin di Kampung Pulau Nyior, Jitra, Kedah. Mula si anak yang bersilat kemudian si mak pulak.
Difahamkan, kej4dian berkenaan yang berlaku dipercayai kerana dia mendengar bunyi tiupan serunai serta paluan gendang yang dimainkan.
Bimb4ng perkara berkenaan akan ‘melarat’ pengantin lelaki terus menarik anak buahnya sementara wanita berkenaan sedang ditenangkan oleh suaminya yang memakai baju berwarna hijau. Walau bagaimanapun, ‘silatnya’ terhenti apabila pemain muzik tersebut diminta untuk berhenti bermain muzik serta-merta.
Video penuh :
@eitabeauty8 Di Kg.Pulau Nyior.. Mula si anak dok silat kemudian si mak nya.. #malaysia #fyp #fypシ゚viral #kedah #gendangsilat #silat #silatgayong ♬ bunyi asal – eitabeauty8
@eitabeauty8 Membalas kepada @nrsyaaee #pesilat #malaysia #fyp #kedah #gendangsilat #silatgayong ♬ bunyi asal – eitabeauty8
Sumber : eitabeauty8