” Dia selalu petik nama saya di TikTok dan cakap macam-macam yang burvk berkaitan saya sedangkan punc4nya daripada dia,”
Demikian kata-kata Ariey, pemain drum kumpulan Leon mengenai jodoh mereka dengan penyanyinya, Ayie yang menurutnya sudah ber4khir.
Ariey yang juga pencipta lagu baru Leon berjudul Damaikan Jiwa berkata, kenyataan Ayie, 48, menerusi sebuah akhbar mengatakan mahu bergerak solo dan berg4bung dengan anaknya Putri Nazlisabella, 16, dalam persembahan jelas membuktikan dia sudah tiada hati dengan Leon.
Gambar: Ayie (kiri), Ariey (dua dari kiri) bersama anggota Leon yang lain ketika tampil dalam satu program radio.
” Memang tiada surat rasmi daripada dia atau kami, tapi mengikut apa yang dikatakan dalam akhbar terbabit, dia dikira sudah keluar Leon.
” Apabila dia umum begitu, kami kenalah fikir untuk cari makan dan pilih Mie (bekas penyanyi pertama) Leon untuk menyanyi. Kami pun tak h4lang Ayie nak bergerak secara solo.
” Kami tak boleh tunggu Ayie kerana per4ngainya yang m4cam-mac4m. Pergi Sabah pun tak beritahu kami sedangkan kami pun ada jadual sendiri,” katanya kepada HarianMetro.
Menurutnya, semasa program Malaysia Hari Ini (MHI) baru-baru ini, Leon membawa Mie sebagai penyanyi atas perbincangan bersama.
” Semua anggota setuju ambil Mie untuk gantikan Ayie. Dia m4ti-m4ti menafikan nak bergerak solo sedangkan kenyataan itu keluar daripada mulutnya sendiri.
” Habis, kami yang di belakang nak jadi apa? Kami ada meluahkan perasaan dalam aplikasi WhatsApp pengurusan dan dia lantang mempertikaikan tind4kan saya.
” Saya kata tak kisah orang tak suka saya tapi saya cakap yang benar. Allah itu ada,” katanya.
Berangan macam dia ‘superstar’
Ariey menyifatkan Ayie seperti kacang lupakan kulit dan kuat berangan seperti ‘superstar’ apabila popularitinya kembali memvncak menerusi lagu Balasan Janji Palsu Mu.
” Dia anggap lagu itu hak dia orang sedangkan kami juga terbabit sama dalam album itu. Tak pernah pula kami nak berlagak atau bangga diri.
” Begitu juga dengan single terbaru Damaikan Jiwa. Dia mula buat per4ngai dan pergi ‘show’ tak beritahu kawan-kawan lain.
” Seolah-olah single Damaikan Jiwa hanya untuk dia seorang,” katanya.
Ayie Leon berc3rai akibat msaIah kew4ngan
Terdahulu, vokalis kumpulan rock kapak sekitar 90-an iaitu Ayie Leon kembali menghangatkan industri muzik dengan single terbaru, Damaikan Jiwa selepas sekian lama menyepi.
Namun, kehadiran buah tangan terbaru itu bersebab.
Kata pemilik nama sebenar Nazrimi Md Ali itu, dia ingin aktif semula mempopularkan lagu-lagu rock memandangkan dirinya kini kembali bujang.
Menurut penyanyi Saling Merindui itu, rumah tangganya tidak dapat diselamatkan ekoran berdepan masalah kewangan sepanjang pandemik lalu.
” Ya, saya sekarang ni dah mendvda. Saya bercrai kira-kira dua tahun lalu sebab masalah kewangan.
” Saya memang bergantung sepenuhnya dengan karier nyanyian. Tapi sepanjang pandemik lalu, saya kehilangan pendapatan.
” Saya dan isteri ambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing dengan perc3raian,” katanya.
Dia ditemui pada sidang media pelancaran lagu berkenaan di Petaling Jaya baru-baru ini.
Ayie mendirikan rumah tangga dengan Zulisa Zulkifli, 46. Hasil perkongsian hidup, pasangan tersebut dikurniakan seorang anak, Putri Nazlisabella, 16 tahun.
Berkongsi perihal Damaikan Jiwa yang dicipta oleh Ariey Leon, vokalis itu menyifatkan lagu berkenaan adalah luahan hatinya yang g4gal menjadi suami terbaik.
” Saya meluahkan segala rasa kcewa menerusi bait-bait lirik dalam lagu ini akibat keg4galan dulu.
” Sebagai seorang suami dan juga ayah, saya tak menyalahkan sesiapa pun sebaliknya hanya diri sendiri,” jelasnya.
Pada masa sama, Ayie berkongsi untuk menghasilkan lebih banyak lagu bergenre rock kapak dalam perancangan solonya.
” Ada kira-kira 30 lagu rock kapak belum dirakam. Saya akan bergerak solo sebab anggota Leon yang lain ada komitmen masing-masing.
” Untuk persembahan sekarang saya bergerak dengan anak saya, Putri, dia juga akan berduet dengan saya manakala Ariey (drum) akan menyertai sekiranya dia berpeluang,” katanya.
Sumber : hmetr0 dan maIaysiakini