Pelawak dan penyampai radio, Shuib meng4kui em0sinya sedikit pun tidak terg4nggu sekirinya lagu arw4h isterinya yang juga merupakan penyanyi terkenal, Allahy4rham Siti Sarah dimainkan di konti radio ketika dia sedang bekerja. Menurut Shuib, perkara tersebut bukanlah satu masalah kerana dia juga akan memainkan lagu dendangan Siti Sarah pada setiap hari lebih-lebih lagi ketika ingin menyiapkan anak-anak ke sekolah.
Katanya lagi, dia berbuat sedemikian kerana mahu merasakan dirinya sentiasa dekat dengan orang paling disayanginya itu. “Saya tak kisah pun sebab hari-hari saya masih dengar. Pagi-pagi kalau nak mandikan dan siapkan anak ke sekolah, mesti saya akan pasang lagu arw4h. Saya buka lagu arw4h sebab saya nak rasa dia sentiasa ada dengan saya. Lagi pun saya selalu rasa dia dekat dengan saya. Tak pernah jauh,” katanya.
Tambah bapa kepada empat orang cahaya mata ini lagi, bagi mengub4ti ker1nduan terhadap arw4h isterinya itu, lagu Tinggalkan Diriku sememangnya menjadi lagu yang paling disukainya ketika ini. “Saya suka dengar lagu Tinggalkan Diriku versi pertama kali dirakam. Bila saya dengar, saya akan tersenyum sendiri. Saya dengar versi itu sebab ketika itu, dia masih lagi anak dara, belum kahwin dan masih budak kecil. Saya dapat bayangkan betapa comelnya dia ketika itu. Memang seronok bila dengar,” kongsinya lagi.
Beberapa hari lalu, rakan gandingannya di stesen radio Suria FM, Ajak ada berkongsi reaksi Shuib sewaktu lagu arw4h isterinya dimainkan ketika mereka sedang mengemudi segmen pagi, Morning Morning Suria. Video berkenaan nyata mengundang rasa s4yu di hati para netizen. Pada pagi itu, mereka sebenarnya sedang membincangkan mengenai topik isteri hamil yang mengidam. Pada masa sama, Shuib turut sempat memberikan nasihat buat para suami agar sentiasa berusaha untuk memenuhi keinginan isteri.
Terdahulu, Shuib dan Allahy4rham Siti Sarah telah mendirikan rumah tangga pada 2011 dan dikurniakan empat orang cahaya mata. Bagaimanapun, Shuib didvga apabila isteri tercinta men1nggal dvnia pada tanggal 9 Ogos 2021 akibat Cov1d-19 selepas melahirkan cahaya mata bongsunya, Ayash Affan.
Sumber: Mediahiburan