Pelakon Fauzi Nawawi kembali merakam memori indah bersempena dengan ulang tahun ke-15 perkahiwnannya bersama aktres, Lisdawati.
Menerusi video yang dikongsikan di Instagram, Fauzi membuat coretan indah sambil menyifatkan kebahagiaan perkahwinan yang dibina tidak perlu terlalu dikongsi.
“09-09-2007. Tarikh Aku terima nikah. Semalam masuk tahun ke-15 kami bersama dalam macam- macam situasi suka dvka dan bahagia.
View this post on Instagram
“Kebahagiaan tak perlu dikongsikan kerana tak semua orang suka kita bahagia. Derit4 dan kesus4han tak perlu diceritakan kerana akan bertambah lah penderit4an.
“Di zaman ini tak perlu kita beritahu apa yang kita ada dan apa yang kita Miliki,” tulisnya.
Fauzi pada masa sama memilih untuk menjalani kehidupan bekerluarga secara sederhana apa adanya.
View this post on Instagram
“Hidup biasa-biasa sudah, yang penting pasangan kita bahagia dan memahami. Sorry sweetheart @lisdawati15, tak sempat nak ucap apa-apa dan hadiah kan apa-apa.
“Jadual masing-masing tak mengizinkan untuk spent time sama. Insyaallah Semoga hubungan ini sentiasa ALLAH berkati. Luv u sayangku @lisdawati15 take a good care,” tulisnya.
View this post on Instagram
Sumber : MH