Siapa tak kenal dengan anak kepada usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B yang turut mempunyai pengikut tersendiri di media sosial.
Menerusi satu hantaran terbaru, remaja berusia 17 tahun ini mencvri perhatian ramai apabila memuat naik foto persalinan di badannya termasuk aksesori yang bernilai lebih RM600,000. Fuh dah boleh beli rumah!
Harga bagi setiap item dipercayai dikongsi oleh beastlab_ sebelum dimuat naik semula oleh Cik B di akaun media sosialnya. Paling mahal adalah jam tangan Chopard berharga RM 530,000, diikuti cincin delima lebih RM100,000, hooded sweatshirt jenama Christian Dior berharga RM14,400, kasut RM5,300 dan scarf RM1,750.
Di hantaran lain, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen memuat naik foto menggayakan persalinan mew4h tersebut dipercayai ketika hadir ke sebuah acara di ibu kota.
Di ruangan komen, orang ramai berasa tervja melihat kemewahan Cik B. Netizen bersel0roh berkata jam tangan yang dipakai Cik B boleh membina sebuah rumah mampu milik.
Fuh bukan biasa-biasa. Alhamdulilah rezeki Cik B.
Sumber: Instagram beastlab_ | cikb_havoc66