ramai yang bertanya adakah dia tidak merindui untuk makan daging khinzir? ”ini pula jawapan pedas Daphne Iking buat ramai terpegun..”

Di Instagram, pelakon dan model, Daphne Iking membuat pengakuan bahawa dia tidak makan daging khinzir sebelum memeluk Islam lagi. Tambah Daphne, sehingga ke saat ini masih ramai yang bertanya adakah dia tidak merindui untuk makan daging tersebut.

Saya tak suka

Menurut Daphne, dia tidak suka makan daging khinzir kerana keluarganya membela banyak haiwan termasuk haiwan berkenaan.

Hampir setiap hari kami bagi haiwan makan dan minum. Kalau orang tanya saya, saya jawab tak makan. Saya tak suka daging khinzir.

Menurut suami Daphne iaitu Joe, isterinya seorang pencinta haiwan. Jelas Joe, pada mulanya dia agak terkejut kerana Daphne suka haiwan seperti khinzir dan anjing.

Daphne seorang yang cinta kepada haiwan atau mana-mana makhluk Tuhan. Pada mula saya terkejut melihat cintanya terhadap haiwan seperti khinzir dan anjing di kampung. Dia memberi penghormatan seperti bagaimana semua semua hidupan harus dihormati. Bagi saya sebagai seorang Muslim di Malaysia, kita telah dibiasakan untuk takutkan mereka dan menganggap mereka sebagai haiwan yang kotor. Saya rasa itu salah untuk membesarkan anak-anak kita.

Kata Joe lagi, sepatutnya haiwan seperti itu perlu disayangi juga kerana ianya ciptaan Tuhan sama seperti manusia.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Joe Lebosi (@joelebosi)

Sumber: Joe Lebosi

About admin

Check Also

Berpihak Kepada Yang Benar, Yusof Haslam Restu Isteri Jadi Pencelah

Pengarah Datuk Yusof Haslam memberi keizinan kepada isterinya, Datin Patimah Ismail untuk jadi pencelah dan saksi buat menantunya, Puteri Sarah dalam kes …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *