Sejak beberapa hari lalu, nama penyanyi Faizal Ramly kembali h4ngat diperkatakan selepas sebuah video di Tik Tok yang memaparkan mengenai perkembangan terkininya setelah sekian lama menyep1 menjadi tul4r.
Menerusi video tersebut, Faizal memaklumkan dia baru sahaja memulakan pekerjaan barunya bersama syarikat penyedia kelengkapan rumah terkemuka dunia, Coway (M) Sdn. Bhd. (Coway Malaysia).
Lantaran itu, Faizal berharap agar semua pihak dapat menunjukkan sokongan terhadap dirinya selepas ini.
“Assalamualaikum semua, ini adalah hari pertama saya berb4kti bersama Coway. Ini adalah sahabat-sahabat seperjuangan saya. Sokonglah saya dan kawan-kawan yang lain. Ameen,” katanya.
Sementara itu, menerusi sebuah lagi video beras1ngan, Faizal yang juga merupakan pemenang program Akademi Fantasia musim keempat (AF4) memaklumkan dia masih lagi aktif menyanyi meski sudah mencebvrkan diri dalam pekerjaan baru.
Tambahnya lagi, dia juga tidak mempunyai masalah untuk membahagikan masa di antara dua kerjaya tersebut.
“Tak semestinya menjadi seorang penyanyi tak boleh menjadi peniaga. Saya bersama Coway dan masih lagi menyanyi.
“Jadi, rasanya tiada masalah selagi saya menc4ri rezeki yang h4lal. Saya sayang anda semua,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menunjukkan tanda sokongam selain turut mendoakan agar Faizal akan terus sukses dalam apa jua bidang yang diceburinya.
“Kemas boh. Semoga dipermudahkan segala urusan.
“Mantap bang. Saya tetap sokong Abang Faizal.
“Yang penting rezeki halal. Semoga Faizal diberikan rezeki yang luas.
“Jalan terus bos. Antara artis AF yang suara betul-betul padu dan lain dari yang lain.
“Ya betul tu. Kerja keras selagi kita muda,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sepanjang bergel4r penyanyi, Faizal memiliki beberapa buah single popular seperti Lihatlah, Datanglah dan Sakit Seorang Lelaki.
Sumber : MH