Disurvh buk4 tudung, Linda Rafar tol4k tawar4n bay4ran tinggi- “Ini goda4n dunia”

Pelakon dan penyanyi, Linda Rafar atau nama sebenarnya Azlinda Rafar mendedahkan dia menerima banyak peluang pekerjaan daripada beberapa pihak yang memerlukan dia membuka tudung sepenuhnya.

Menurut laporan Utusan Malaysia, dia memberitahu tidak pernah menerima tawaran tersebut meskipun ditawar dengan bay4ran yang tinggi kerana tidak mahu mempermainkan hukvm ag4ma.

“Ada yang menawarkan watak tidak berhijab dengan bay4ran tinggi, malah jenama antarabangsa juga memerlukan khidmat saya untuk mempromosikan produk mereka dengan syarat kena buka tudung.

“Saya pernah diminta penggiat industri supaya membuka tudung untuk menaikkan semula nama kerana mereka yakin lebih banyak tawaran akan diterima.

“Saya anggap ia sebagai uji4n yang perlu dihadapi wanita berhijab yang berkec1mpung dalam industri hiburan,” katanya.

Jelas pelakon yang berusia 44 tahun itu lagi, dia meng4kui svkar untuk menol4k peluang tersebut memandangkan bay4ran yang ditawarkan adalah sangat tinggi.

Namun begitu, Linda menganggap perkara tersebut adalah salah satu dug4an serta uj1an Allah untuk menjadikan dia lebih ku4t dan istiq4mah dalam menutup aur4t dengan sempurna.

Ujarnya lagi, dia tidak mahu menjadi gel4p mata gara-gara wang tunai dan sentiasa berdoa agar Allah sentiasa melindunginya daripada terp3song dengan god4an dunia.

“Saya cuba ku4tkan semangat dan istiqamah walaupun ia bukan mudah untuk dilakukan. Mungkin itu uj1an Allah untuk melihat sejauh mana kekuatan iman saya.

“Syurga bukan percuma. Kalau saya pilih jalan sebaliknya, maka sia-sia segala usaha saya ke arah syurga Allah,” tegasnya.

Dalam pada itu, pelakon kelahiran Kuala Lumpur itu juga memaklumkan sokongan daripada keluarga adalah sangat penting bagi seseorang wanita untuk kekal istiqamah dalam menutup aurat.

Malah, dia juga sentiasa mendengar ceramah daripada golongan pendakwah demi mendekatkan diri dengan yang Maha Esa dalam kehidupan seharian.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @lindarafar

Sumber: Utusan Malaysia (Mohammad Al Faizal Abdul Karim)

About admin

Check Also

“Takvt Hil4ng Imej ‘Isteri Teran1aya’..” – Syamsul Buat Surat Terbuka, Dakw4 PS Bersungguh Suruh T4rik K3s Nusyuz

Tengah pagi semalam, pengarah Syamsul Yusof dilihat memuat naik satu surat terbuka buat isteri pertamanya, Puteri …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *