Sejak semalam, tular di media sosial berkenaan satu video yang dikongsikan pengguna TikTok dimana mereka makan beramai-ramai di atas lantai lapangan terbang.
Makan ramai2 dekat lantai
Dapat dilihat mereka membentang tikar dan menghidangkan makanan sebelum menjamu selera di kawasan terbabit.
Pelbagai juadah yang sudah diletakkan di dalam bekas besar dan periuk nasi dibawa bersama dan mereka makan bersila di atas lantai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Ramai rasa lebih baik cari tempat lain
Situasi tersebut nyata telah mengvndang pelbagai pendapat daripada warganet yang kebanyakannya kurang bersetuju.
Pengguna Twitter dikenali sebagai @arfdy12 juga meminta orang ramai menekan undian yang sudah dibuat dan kebanyakannya meminta orang awam mencari tempat yang lebih sesuai jika ingin menjamu selera.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa tind4kan keluarga itu makan di kawasan tersebut sangat tidak sesuai kerana ia merupakan kawasan lalu lalang orang ramai.
Faktor kebersihan lebih utama
Ia juga dilihat kurang bersih kerana lokasi mereka duduk untuk makan adalah tempat awam yang biasa dipij4k menggunakan kasut.
Ada juga merasa tind4kan berkenaan sesuatu yang agak mem4lukan kerana banyak lagi tempat boleh mereka duduk untuk makan namun memilih di kawasan orang ramai seperti itu.
Kan ada foodcourt dekat bawah tu
Ingat makan dekat kampung ke?
Siap periuk lagi tu
Selagi ada ruang buat pejalan kaki boleh je rasanya
Namun begitu, ada juga merasakan ia tidak menjadi masalah kerana selagi mempunyai ruang dan membersihkan kawasan tempat mereka makan ia bukanlah suatu kesalahan yang besar.
Ada yang rasa benda ni tak pel1k pun
Mungkin dah lap4r sangat
Tegvr baik2 boleh kot
Green area kot
Walau bagaimanapun, menerusi ciapan yang dibuat pengguna Twitter yang menularkan video terbabit, ada dakw4an mengatakan bahawa tempat keluarga tersebut makan adalah ‘green area’ namun ia tidak dapat dipastikan kesahihannya.
Sumber: Twitter arfdy12