Tidak Muncvlkan Diri Hampir Setahun! Kaka Azraff ‘Hil4ng’ Ke Mana?

Juara AJL ke-35 abadikan kehil4ngan orang tersayang dalam single terbaharu bergenre pop unik sarat dengan mesej mendalam.

Bangkit Dari Kesed1han

Bila disebut tentang kehil4ngan orang tersayang buat selamanya, pasti kerinduan itu terlalu dalam. Episod kehilangan ayah tercinta ketika umur baharu sahaja menginjak 10 tahun, kemudian nenek tersayang yang menjadi tulang belakang dan disusuli pula sahabat karib yang sering menemani waktu susah dan senang bukanlah perkara mudah.

Namun buat penyanyi wanita popular tanah air yang merupakan juara Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-35 menerusi lagu ‘Gil4’, Kaka Azraff bangkit dari kesed1han lampau dengan karya terbaharunya berjudul ‘HILANG’ hasil ciptaan komposer terkemuka, Omar K bersama Ezra Kong, dan diterbitkan oleh label rakaman terunggul, Warner Music Malaysia.

Hil4ng Arah Dan Semangat

Menurut Kaka, dia yang tidak munculkan diri hampir setahun dengan mana-mana single kerana memerlukan masa untuk memproses segalanya.

Selepas kehilangan nenek tersayang dan sahabat rapat yang banyak membantu dalam kerjaya seni, dia seakan kehilangan arah dan semangat untuk terus berkarya.

Mengisahkan Diri Sendiri

Lagu ‘HILANG’ persembahan Kaka merupakan pengub4t jiwa bagi dirinya yang ‘hil4ng’ dek kerana kehil4ngan individu penting dan dicipta begitu puitis sekali dengan melodi yang unik.

Idea di sebalik pembikinan lagu ini datangnya dari Kaka sendiri yang mengabadikan kehil4ngan orang tersayang dalam sebuah karya buat mereka yang telah perg1 untuk selamanya.

Alunan Pop Dan Tradisional

Pada single kali ini, pendengar akan terpesona dengan alunan muzik pop yang diadun bersama elemen tradisional yang diberi nafas baharu yang segar dan moden. Kaka sering menampilkan muzik baharu dan unik yang jarang didengar namun senang ‘ditangkap’ oleh peminat muzik.

Lagu ‘HILANG’ boleh dimuat turun di iTunes mulai 2 September 2022 dan boleh juga dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

Sumber : Murai

About admin

Check Also

“Siti Nurhaliza Pun Belum Tentu Tergamak Jual Semahal Ko…”, Azwan Ali Pertikai Harga Biskut Shuhada

Tular di media sosial sebelum ini apabila rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *