Tracie Juara Dewi Remaja 2022, Turut Rangkvl Dewi Favourite!

Peserta dari Sabah, Tracie, 21, dinobatkan sebagai Dewi Remaja 2022, sekaligus menepati ramalan ramai yang melihat potensi besar yang ada pada dirinya.

Menerusi kemenangan itu, Tracie atau nama sebenar, Tracie Sinidol berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 beserta trofi.

Hadiah serta mahkota Dewi Remaja disampaikan Juara Dewi Remaja Edisi 2019, Shaza Bae.

Tempat kedua dimenangi oleh Bee Aishah manakala tempat ketiga pula menjadi milik Kimberly. Diikuti Alyssa di tempat keempat.

Sementara itu, Alyssa dipilih sebagai Dewi Aktif manakala Tracie memenangi kategori Dewi Favourite menerusi hasil undian peminat di laman web Remaja.

Dewi Inspirasi pula menjadi milik Keeran.

Pada malam kemunc4k, kesemua sepuluh finalis divji menerusi segmen pertama yang mana mereka perlu menghuraikan perkataan yang diberi secara rawak.

Cabar4n pusingan pertama kemudiannya melayakkan Tracie, Bee, Kimberly dan Alyssa sebagai calon Top 4 Dewi Remaja 2022.

Pusingan itu turut meny4ksikan enam finalis lain tersungkur iaitu Rasyiqah, Janani, Auni, Dina, Hyeley dan Zafira.

Pada pusingan kedua, keempat finalis diberi soalan kritis secara spontan daripada barisan juri.

Kesemua finalis diadili barisan juri yang terdiri daripada Datuk Aznil Nawawi, Izara Aishah dan Didie Alias.

Pencarian Dewi Remaja Edisi 2022 bermula pada Mac lalu, membabitkan 16 peserta akhir.

Rangkaian cab4ran diberikan untuk mengasah kemampuan para finalis daripada pelbagai aspek berbeza sepanjang lapan minggu.

Peserta lain yang turut terpilih dalam Top16 dalam edisi kali ini ialah Fifi, Malle, Melissa, Iman, Reezlyn dan Keeran yang terlebih dahulu tersingkir pada minggu-minggu sebelum ini.

Malam kemuncak Dewi Remaja 2022 anjuran Nu Ideaktiv dengan kerjasama Astro ini dihoskan oleh Fikry Ibrahim.

Pertandingan akhir ini turut dimeriahkan dengan persembahan daripada Noraniza Idris, Wani Kayrie, Amsyar Lee dan Isaac Voo.

Acara ini bersiaran langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil dan dipancarkan menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada malam Sabtu.

Sumber : MH

About admin

Check Also

“Bukan lagi k4ki melent1ng & k4ki g4duh”- Sharnaaz Ahmad samakan diri seperti ay4m

Baru-baru ini, nama pelakon Sharnaaz Ahmad terp4lit dengan k0ntroversi melibatkan k0nflik penggugvran nama aktor Datuk Aaron …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *