Kuala Lumpur: “Saya baik-baik saja.” Demikian kata pelakon terkenal Nad Zainal mengenai keadaan dirinya selepas sah bercerai dengan suami, Muhammad Faliq Amiruddin, 34. Nad, 32, atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin ketika dihubungi bagaimanapun enggan mendedahkan butiran perceraian mereka. “Betul, kami sudah bercer4i. Tapi saya minta maaf sebab kami dah bersetuju tak nak kongsi lebih lanjut.
Minta maaf sangat,” katanya kepada Harian Metro. Menurut Nad, dia dan bekas suami masih baik selain kini mahu memberi fokus kepada kerjaya. “Sekarang ini anak-anak dengan saya.
Hubungan dengan bek4s suami juga baik. Saya okay saja. Saya nak kerja saja sekarang,” katanya. Terdahulu, Nad dan Muhammad Faliq mendirikan rumah tangga pada 18 Disember 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom, setahun.
Terdahulu, Kontr0versi berkenaan rumah tangga beberapa pasangan selebriti yang ‘dis0ndol’ orang ketiga sejak kebelakangan ini kerap berlaku. Ada saja individu yang cuba mengg4nggu keharmonian perkahwinan mereka walaupun ada yang mengatakan ‘tepuk sebelah tangga tak akan berbunyi.’
Oleh hal itu, pelakon wanita popular, Nad Zainal memaklumkan yang jika dia berdepan dengan situasi seperti itu, dia berharap agar suaminya berterus terang andai sudah tiada hati dengannya.
Perkara tersebut dinyatakan sendiri pelakon drama ‘Dendam Seorang Isteri’ kepada Harian Metro mengulas berkenaan kontr0versi rumah tangga rakan artis yang tular sebelum ini. “Saya cakap pada suami, kalau dah tiada hati berterus terang saja kepada saya dan jangan menipu.
Saya tidak mahu mengetahuinya daripada orang lain kerana itu lebih s4kit”. Pemilik nama Farah Nadia Zainal Abidin, 32, itu memaklumkan dirinya yang kini merupakan seorang ibu dan isteri lebih memberi keutamaan kepada anak-anak yang sedang membesar, sama juga seperti suaminya.
Jadi, andai kata suaminya mempunyai orang lain, dia rela mengundurkan diri kerana lebih memikirkan tentang anak-anak.
“Saya rasa sekarang ini, tidak kisahlah sama ada suami kita kaya atau misk1n, rupa elok atau tidak kerana akan sentiasa ada saja cuba4n dan dug4an. “Sekiranya suami sudah mempunyai pilihan kedua dan sebagainya, maka saya akan mengundurkan diri.
Malas hendak berg4duh-g4duh, bukan kerana saya mudah meng4lah atau sebagainya. “Ini kerana apa yang penting adalah anak-anak saya. Itu yang menjadi keutamaan dalam apa jua aspek,” kata Nad.
Sumber : Harian Metro