Tiada guna sekiranya mempunyai ilmu tinggi, tapi ad4b dan hubungan sesama manusia tidak dijaga dengan baik. Malah perlu juga ada ‘common sense’, lagi-lagi jika hidup bermasyarakat.
Tular sebuah video di aplikasi TikTok memaparkan tindakan luar biasa seorang penunggang motosikal yang berjaya membuatkan netizen ters3ntuh hati apabila menontonnya.
Video dikongsi di akaun @me.2023 itu memperlihatkan rider tersebut menolak motosikalnya ketika melalui sekumpulan individu yang dilihat sedang menadah tangan membaca doa.
Tind4kan itu dipercayai bagi mengelakkan bunyi bising daripada ekzos, sekali gus individu-individu berkenaan dapat memberi sepenuh tumpu4n kepada doa dipohon mereka.
Jika diperhatikan dalam video berdurasi 16 saat itu, kelihatan juga seorang lelaki berkopiah sedang memegang mikrofon yang mengetuai bacaan doa tersebut.
Selepas berada jauh sedikit, rider terbabit kembali menunggang motosikalnya dan mula beredar dari situ.
Menjengah di ruangan komen, ramai termasuk netizen Malaysia memberi puj1an terhadap perbuatan lelaki berkenaan yang beradab serta menghormati situasi orang sedang berdoa.
Ibu bapa dia sangat bagus!
Motor, stail, perangai semua hebat
Respek! Tak g4nggu orang baca doa
Per4ngai macam mana pun, jangan lupa hormat orang
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan majlis apa sedang berlangsung selain lokasi juga tidak dinyatakan yang berkemungkinan berlaku di negara seberang.
Sumber: TikTok @me.2023