Bukan seorang dua selebriti lelaki pernah dig0sipkan dengan penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha.
Sebelum ini juga dia pernah dikatakan menj4linkan hvbungan istimewa dengan rakan pelakon seperti Aedy Ashraf dan Ben Amir.
Malah, baru-baru ini namanya kembali h4ngat diperkatakan bersama Aedy susulan mereka menghadiri konsert band popular British, Coldplay di London, bersama baru-baru ini.
Diminta mengulas mengenai hubvngannya dengan aktor berusia 29 tahun itu, Daiyan mengakui Aedy merupakan teman baiknya.
“Tidak ada apa yang perlu saya ulas mengenai kehadiran saya bersama Aedy di konsert Coldplay itu.
“Saya tidak sangka gambar itu akan vir4l kerana niat saya nak berkongsi kenangan manis menyaksikan konsert itu.
“Kalau saya tidak berkongsi gambar bersama Aedy pun, nanti ada yang pertik4ikan bila tahu dia pun ke sana.
“Saya pun tidaklah kisah sangat diaju soalan peribadi, cuma bila ada perkara baharu seperti ini (pencalonan AIM), rasa sed1h juga bila orang lebih memberi perhatian mengenai perkara lain,” katanya kepada MH.
Daiyan ditemui pada majlis sidang media pengumuman calon Top 5 Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23) yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion, Kuala Lumpur pada Khamis.
Daiyan tercalon menerusi dua kategori iaitu Lagu Pop Terbaik dan Video Muzik Terbaik. Kedua-duanya menerusi karya lagu yang sama iaitu Penat, nyanyian Daiyan bersama Tuju K-Clique.
“Saya sangat-sangat gembira bila tercalon walaupun untuk dua kategori sahaja tetapi salah satunya adalah kategori utama.
“Apatah lagi mengetahui saya bersaing dengan 600 pencalonan dan akhirnya kami berada dalam lima terbaik.
“Saya memang mengharapkan untuk menang, tetapi berada dalam top 5 juga sudah membuatkan saya gembira.
“Sekurang-kurangnya AIM menjadi salah satu platform untuk artis menghasilkan karya berkualiti dan bagi yang tidak begitu mainstream, boleh diangkat martabat mereka,” katanya.
AIM23 bakal bersiaran langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 11 September ini. Ia akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104).
Sumber : MH