“Takpe, DBKL kan ada…”- Dibiar samp4h bersep4h, ment4liti masih dit4kuk lama?

Setelah 2 tahun sambutan Hari Kebangsaan tidak dapat diraikan dengan meriah disebabkan Cov1d-19, namun tahun 2022 menyaksikan pemandangan luar biasa.

Dengan semangat patriotik tinggi, ramai manusia memb4njiri di sekitar kawasan Dataran Merdeka sehingga ada yang sanggup tidur beralaskan lengan di situ bagi memastikan mereka mendapat tempat duduk berhampiran dengan perbarisan.

Malah, ramai sanggup berses4k di stesen LRT berdekatan kawasan sekitar Masjid Jamek, Pasar Seni serta pusat beli-belah SOGO.

Selepas majlis, bu4ng sampah?

Pun begitu, tular sebuah video yang menyed1hkan selepas tamatnya sambutan tersebut apabila mengenangkan erti semangat ‘patriotik’ dan ‘merdeka’ dalam setiap individu.

Menerusi video dimuat naik oleh pengguna platform TikTok dikenali @szrrz, dilihat sampah sarap jelas kelihatan di sekitar kawasan terbabit.

Apa yang menyedihkan adalah mereka yang berada di sekitar kawasan tersebut seolah-olah menganggap sampah tersebut tidak wujud.

@szrrz post-event 🙁 #merdeka2022 ♬ original sound – Music lover – ??MusicLover ??

Biasalah ni. Takpe, DBKL kan ada…

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana mereka mengatakan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sebenarnya bertanggungjawab menjalankan tugas pembersihan sampah-sarap selepas tamatnya majlis.

Patut cleaner kena ready

Selain itu, ada yang menyatakan pendapat bahawa pekerja pembersihan seharusnya bersedia sebaik sahaja tamatnya majlis tersebut.

Menyed1hkan, minda belum merdeka

Ramai meluahkan rasa sedih dengan mentaliti seglintir individu yang hadir meraikan sambutan kemerdekaan tetapi masih gagal mengetahui makna sebenar ‘merdeka’ dalam diri.

Tolonglah buang sampah dalam tong yang disediakan

Kesedaran masih kurang…

Pokok pun jah4nam

Bukan setakat sampah sahaja dibiarkan bersepah, bahkan landskap yang disemai cantik dan dijaga rapi oleh pihak DBKL pun turut menjadi mangsa ribuan manusia yang membanjiri di sekitar kawasan Dataran Merdeka.

Sumber: Facebook Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, TikTok @szrrz

About admin

Check Also

Jod0h awal.. baru habis SPM, remaja bergelar isteri – “Semalam sek0lah, hari ni nikah”

Jodoh awal atau lewat, semuanya sudah ditetapkan Allah SWT sejak di Luh Mahfuz. Paling penting, masing-masing …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *