Sejak kebelakangan ini ada sahaja diperkatakan mengenai isu artis memuat naik gambar berpakaian s3ksi yang menjadi bualan ramai netizen.
Namun lain pula buat pelakon dan pengacara Ain Edruce yang mengatakan dia tidak akan berkongsikan foto yang kelihatan s3ksi di media sosial.
Memetik Astro Gempak, dia tidak mahu perkara itu menjadi bualan netizen serta demi menjaga nama baik keluarganya.
“Saya adalah sejenis yang memikirkan sesuatu terlebih dahulu sebelum memuat naik apa-apa perkongsian di media sosial, saya akan fikirkan tentang ibu ayah dan keluarga saya.
“Sebagai contoh jika pakaian itu terlalu s3ksi saya tidak akan kongsikan di media sosial supaya tidak menjadi bualan mulut orang. “Saya lakukan demi menjaga nama baik keluarga dan suami, saya tak mahu nama baik keluarga saya diperkatakan,” katanya.
Dalam pada itu, Ain turut berkata netizen tidak sepatutnya melvlu dengan bercakap perkara burvk setiap kali ada artis yang melakukan kesilapan serta mengingatkan tentang undang-undang salah guna media sosial.
“Netizen diluar sana pasti akan ambil peluang untuk berkata bvruk jika ada artis berpakaian s3ksi atau melakukan salah, itu tidak baik.
“Mungkin netizen ber4ni berkata yang tidak elok sebab mereka tidak tahu bahawa undang-undang salah guna media sosial itu wujud,” katanya.
SUMBER : Astro Gempak