Umum sedia maklum, penyanyi Shahir Zawawi kini sedang dalam deb4ran menantikan bakal bergelar suami Jumaat ini.
Namun hari ini nama Shahir terpalit dengan k0ntro-versi apabila ada pihak membangkitkan soal kegagalan penyanyi itu menjelaskan hutang.
Ia susulan seorang pengguna laman sosial mendedahkan perkara itu menerusi ruang komen sebuah portal berita yang memaparkan artikel mengenai penyanyi tersebut.
Difahamkan individu terbabit memb4ngkitkan pemb4yaran berkaitan kerja-kerja dalam industri seni,
Menjawab dkwaan berkenaan, Shahir atau Ahmad Shahir Zawawi, 34, berkata, dia tidak tahu menahu mengenai perkara tersebut dan perlu menyemak semula komen dibuat individu berkenaan.
” Saya tidak tahu tentang cerita tersebut. Sekarang ini sibvk menguruskan hal perkahwinan, jadi tak sempat nak ambil tahu.
” Saya kenalah semak dahulu apa yang diperkatakan sebab tidak tahu hujung pangkalnya,” katanya kepada mStar.
Sementara itu, berkongsi mengenai pernikahannya dengan Jaskin Jaludin pada 2 September ini, Shahir memberitahu sedang sibuk melakukan persiapan namun ia membantu mengurangkan debaran bergelar suami.
” Memanglah ada rasa berdeb4r nak jadi suami, tetapi dalam beberapa hari ini saya sibvk menguruskan hal perkahwinan. Jadi kuranglah sikit perasaan t4kut itu. Lebih memikirkan soal persiapan majlis.
” Persiapan diri sendiri pula tidaklah 100 peratus kerana tugas sebagai seorang suami ini adalah satu proses yang akan berjalan terus.
” Banyak yang akan saya tempvh dan belajar selepas berkahwin nanti.
” Sebelum ini hanya fikir diri sendiri sahaja, tetapi selepas ini saya ada isteri dan keluarga mentua. Perlu fikir tentang tanggungjawab lebih besar,” ujarnya.
Bayar hut4ng dulu baru nikah
Menerusi ruangan komen di portal berita berkenaan, seorang individu yang juga pekerja industri hibvran mend4kwa mengalami kervgian ekoran wang pembayaran tugas dalam sebuah acara gagal dilunaskan penyanyi tersebut.
Komen tersebut juga mendapat sokongan seorang lagi individu yang mend4kwa perkara sama turut terjadi kepada beberapa syarikat pengurusan artis lain.
” Bayar hutang dulu baru nikah. Aku yang hidup ni pun dia buat senyap sahaja. AF Megastar aku rugi dekat RM4,000. Duit aku sendiri tu,” komen individu berkenaan.
Shahir bakal berkahwin dengan wanita dari Tawau, Sabah
Terdahulu Shahir meluahkan rasa teruj4 apabila mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihannya selepas solat Zohor pada petang Sabtu, 16 Julai lalu.
Majlis yang diadakan secara sederhana itu berlangsung di kediaman keluarga wanita terbabit yang terletak di Merotai, Tawau, Sabah.
Kata Shahir, 34, sifat lemah lembut dan mudah didekati membuatkan dirinya tertarik dengan wanita yang dikenali sebagai Ekin.
” Ada beberapa karakter yang dia miliki membuatkan saya tertarik untuk jadikan sebagai isteri.
” Bagi saya perkahwinan, wanita bukan sahaja bergelar isteri, tetapi boleh menjadi kawan untuk tempat kita saling berkongsi susah senang bersama,” katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, Shahir turut menjelaskan pertunangannya itu dilakukan untuk memenuhi kehendak keluarga dan sekadar simbolik ikatan kekeluargaan.
” Orang kata tempoh bertunang ini ada dugaannya, jadi saya mengharapkan segalanya baik-baik sahaja dan tidak terlalu lama.
” Insya-Allah majlis perkahwinan akan diadakan dalam tahun ini juga, tetapi kata putusnya akan ditentukan nanti,” terangnya.
Penyanyi lagu Dia Yang Kau Pilih itu turut mengakui pertama kali menjejakkan kaki ke Sabah.
” Sepanjang 12 tahun menyanyi saya memang selalu mendapat tawaran persembahan di Sabah, tetapi asyik gagal.
” Majlis pertunangan ini merupakan pertama kali saya menjejakkan kaki di Sabah, rupa-rupanya selepas ini setiap tahun saya akan pulang ke sana untuk beraya,” katanya.
Bakal isteri seorang usahawan cantik
Menurut sumber juga, wanita pilihan Shahir bukan cal4ng-cal4ng, seorang usahawan yang sukses, bijak dan jelita.
Dalam pada itu, Shahir menasihatkan tunangnya agar bersedia berdepan dengan masyarakat lebih-lebih lagi apabila menjadi pasangan selebriti.
Katanya, lumrah apabila berada dalam industri, perkara peribadi antara hal yang akan turut disoal.
” Saya ada memberitahunya agar bersedia untuk berkongsi sedikit soal peribadi dengan masyarakat. Sebahagian hidup dia kena kongsikan dengan peminat.
” Walaupun sebelum ini dia rasakan perkara itu priv4si, tetapi apabila berada dalam lapangan hiburan, mungkin sedikit daripada itu perlu dik0rbankan,” jelas Shahir.
Sumber:mstar