Perdebatan pihak-pihak tertentu berhubung penganjuran konsert beberapa artis dalam dan luar negara telah kec0h diperdeb4tkan.
Ada pihak yang mel4rang ker4s penganjuran konsert-konsert tersebut termasuklah dari artis luar negara sehingga sanggup untuk menganjurkan perhimpvnan b4ntahan.
Dalam pada masa yang sama, ada pula yang berpendapat sebaliknya.
Tak boleh terus j4tuhkan hukvm
Oleh sebab itu, menerusi laporan dari Astro Gempak, pendakwah bebas, Ustaz Don Daniyal Biyajid telah berkongsi pendapat dengan merasakan bahawa pihak berwajib harus memainkan per4nan penting dengan memberikan garis panduan penganjuran konsert berbanding mengh4ramkan terus, lebih-lebih lagi melibatkan artis antarabangsa.
“Sebagai umat Nabi Muhammad, kita tak boleh terus mencari salah atau menj4tuhkan sesuatu hukvm kepada perkara yang tidak diselidik terlebih dahulu,”
“Saya tidak boleh kata penganjuran konsert adalah berdos4, kalau saya kata begitu maknanya konsert nasyid pun berdos4.
“Apa yang boleh saya cadangkan, pihak-pihak berwajib seperti JAWI dan JAKIM hendaklah mengeluarkan garis panduan ketika menghadiri konsert agar penonton yang datang boleh mengikuti terutamanya orang islam.
“Malah Malaysia sendiri telah mengeluarkan hukvm mendengar muzik itu tidak salah, kerana hukvmnya adalah h4rus,” katanya.
Boleh g4nggu ekonomi negara
Tambah Ustaz Don lagi, jika penganjuran konsert tersebut dibatalkan, ia sedikit sebanyak akan menganggu ekonomi negara terutamanya golongan penggiat seni seperti penyanyi.
Menurutnya lagi, golongan artis dan asatizah dilihat boleh bekerjasama dalam membangunkan sektor seni negara berlandaskan Islam melalui konsert-konsert yang dianjurkan.
“Konsert ini kan antara punc4 pendapatan artis terutama penyanyi, kalau kita batalkan konsert maca mana mereka ingin mencari punc4 pendapatan.
“Orang lain mungkin boleh kata suruh cari perkerjaan lain, cakap memang mudah, sebab bukan terkena pada mereka yang berkata.
“Jangan pernah ada bias, golongan artis dan asatizah seeloknya bersahabat baik kerana mereka saling memerlukan antara satu sama lain untuk samasama mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu isu
Oleh itu perlu berfikir secara menyeluruh tanpa mengenepikan mana-mana kaum, agama dan sensitiviti,” jelasnya.
Terdahulu, pendakwah bebas, PU Syed telah mengeluarkan kenyataan akan berhimpun menggesa pembatalan konsert-konsert dari artis luar negara seperti Blackpink kerana dilihat boleh meros4kkan akhl4k masyarakat Islam terutamanya orang muda.
Tambahnya lagi, dia meminta agar mereka yang bukan beragama Islam untuk berhibvr atau menonton konsert artis kesukaan mereka di luar negara asalkan bukan di Malaysia.
Kenyataannya telah mendapat pelbagai reaksi daripada pihak-pihak tertentu dan ada di antara mereka menyatakan rasa kurang setuju dengan apa yang diperkatakannya di media sosial.
Sumber: Astro Gempak