Selepas melewati waktu-waktu yang agak teg4ng beberapa minggu lalu, ibu dan bapa kepada adik Ainul Mardhiah yang pernah menghid4p ketvmbuhan di mulut ketika baru lahir kini telah menzahirkan rasa syukur yang tidak terhingga.
Ainul kini sudahpun dibenarkan keluar dari h0spital dan dilihat sudah mulai sihat setelah dimaklumkan mengalami s4wan beberapa kali sehingga terpaksa ditidurkan sebelum ini.
Sudah kembali aktif
Menerusi perkongsian terbaru ibunya, Nurul Erwani di Insta Story, dapat dilihat yang Ainul sudah kembali aktif dan bermain bersama adiknya di rumah.
Keluar hospit4l Jumaat lalu
Menerusi perkongsian daripada Kosmo! bapa kepada Ainul, Ahmad Safiuddin memaklumkan yang anaknya telah dibenarkan keluar dari hospit4l pada Jumaat lalu setelah 3 minggu berada di dalam wad Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU).
“Alhamdulillah Ainul sekarang dah bersama kami di rumah, doktor benarkan keluarkan hospit4l pada Jumaat lalu.
“Keadaan Ainul juga semakin stabil dan sihat,” katanya.
Masih perlu dapatkan raw4tan susulan
Walau bagaimanapun, dia menyatakan yang anak sulungnya masih lagi dalam pemerhatian doktor dan perlu mendapatkan raw4tan susulan sekali seminggu sehingga doktor berpuas hati dengan tahap kesihatannya.
Terdahulu, Ainul Mardhiah telah mengalami j4ngkitan kum4n dan s4wan pernah berada di situasi kritik4l sewaktu ditempatkan di dalam PICU.
Bapa dan ibunya telah berkongsi berita tentang kesihatan anaknya di media sosial dan berharap agar orang ramai dapat mendoakan kesihatan Ainul.
Semoga adik Ainul terus sihat dan kuat melawan penyakit agar membesar dengan baik.
Sumber: Kosmo! (Nor Azihah md Ghazali). Instagram Nurul Erwani