“Saya Dah Tua, Sekarang Nak Fokus Pada Kerjaya,” – Mamat Masih Dalam Pant4uan 44DK, Janj1 Akan Beri Komitm3n Tinggi Untuk Konsert

Vokalis kumpulan Exists, Mamat yang sebelum ini sering terlibat dengan kontr0versi susulan pengambilan bah4n terl4rang berjanji akan memberikan sepenuh komitmen tinggi bagi mempersiapkan diri untuk Konsert Resolusi Exists yang bakal diadakan pada 18 November ini di Zepp, Kuala Lumpur.

Menurut Mamat atau nama sebenarnya, Mohd Ali Kamarudin, 44, dia berterima kasih kepada ahli kumpulan Exists yang lain kerana tidak pernah mem1nggirkannya sebaliknya terus memberikan sokongan untuknya bergerak ke hadapan walaupun pernah dihimpit kontr0vesi sebelum ini.

“Bila dipanggil balik oleh ahli kumpulan yang lain, ini merupakan satu peluang untuk saya buat comeback dan sama-sama buat sesuatu yang baik untuk industri.

“Lagi satu saya dah tua dan sekarang saya nak fokus pada komitmen kerjaya saya. Sekarang saya rasa kehidupan lebih tenang dan relaks.

“Saya nak mereka (peminat) tengok saya sebagai seorang artis yang bekerjaya dan berjaya untuk masa akan datang,” katanya kepada MH.

Mamat ditemui pada majlis sidang media Konsert Resolusi Exists yang diadakan di Bukit Kiara Equestrian & Country Resorts, Kuala Lumpur pada Isnin.

Konsert berdurasi dua jam itu akan menghimpunkan antara line up terawal Exists iaitu Mamat, Ajai, Musa, Along dan Ujang termasuk dua penyanyi pelapis baharu untuk kumpulan itu, Pasha dan Eiz.

Berkongsi lebih lanjut mengenai kehidupannya kini, Mamat berkata dia masih perlu menjalani proses pemantauan oleh Agensi Antid4dah Kebangsaan (AADK).

Namun, menurutnya, proses pemantauan itu tidaklah terlalu ketat memandangkan dia kini telah menunjukkan perubahan positif.

“Saya masih lagi dalam pemantauan dan mengikuti program yang dianjurkan oleh AADK. Mereka akan memaklumkan sekiranya ada sebarang aktiviti.

“Saya juga boleh melakukan aktiviti seni tetapi perlu maklumkan kepada mereka mengenai jadual kerja kerana tidak boleh bergerak bebas seperti biasa.

“Lagipun saya tidak akan ke mana kerana sebagai individu yang dikenali sudah tentu mereka tahu saya di mana,” katanya.

Konsert anjuran ImagineX itu akan memperlihatkan Exists menghiburkan peminat setia mereka dengan rangkaian hampir 20 buah lagu popular band yang ditubuhkan pada tahun 1990 itu.

Tiket dijual pada harga RM190 (Bronze), RM230 (Silver), RM290 (Gold), RM330 (Platinum) dan RM800 (Meet & Greet) bermula jam 3 petang tadi.

Untuk rekod, Mamat ditahan pada 8 September 2019 ketika menaiki motosikal di Taman Perling, Johor Bahru bersama seorang rakan kerana memiliki sejumlah dadah jenis syabu.

Selepas mengadakan konsert Exists Reunion di Stadium Malawati, Shah Alam pada 28 September 2019, Mamat kemudiannya menjalani rawatan di Persatuan Pengasih Malaysia.

Sumber : Mh

About admin

Check Also

“Saya Tak Pernah Cakap Suami Saya Cur4ng, You All Yang Fitn4h Suami Saya”

Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila pelakon Datin Paduka Eina Azman memuat naik video dirinya men4ngis sekaligus …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *