Lay4nan persis VVIP Khairul Aming buat ramai cembvrv – “Nak apply jadi kawan boleh?”

Siapa sahaja tidak kenal dengan jejaka berbakat besar dalam bidang masakan, Khairul Aming.

Khairul Aming atau nama penuhnya Khairul Amin Kamarulzaman sememangnya tidak as1ng lagi di kalangan rakyat Malaysia kerana dia dilihat sentiasa berkongsi video resepi masakan di media sosial.

Khairul Aming masak untuk kawan2

Terbaharu, hantaran video Khairul Aming di platform TikTok miliknya menarik perhatian ramai apabila dia berkongsi momen camping sewaktu bercuti bersama rakan-rakannya.

Menerusi perkongsian tersebut, personaliti berusia 29 tahun itu memberitahu dia ditugaskan untuk menyediakan sarapan, minum petang termasuk malam buat rakan-rakannya ketika berbeku selama dua hari satu malam di dalam hutan.

“… hari ini aku share pada semua semasa aku pergi barbeku dengan kawan-kawan hari itu. Kami pergi di tengah hutan berhampiran sungai, selama dua hari satu malam. Jadi, aku kenalah incharge untuk masak minum petang, dinner dan breakfast untuk 15 orang,”ujar Khairul Aming.

@khairulaming siapa nak rasa masakan mingming? 2 ringgit satu kepala ? #MakanLokal #picnic ♬ original sound – Khairulaming

Dah macam katering untuk birthday anak jiran

Dalam pada itu,  pemuda kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang dilihat sempat berseloroh dengan mengatakan hidangan yang disediakan itu seakan-akan katering kerana menyediakan makanan dalam jumlah yang banyak.

“Mereka datang untuk 15 orang. Jadi, untuk menu minum petang hari itu, aku buat Smash Burger dan di dalam itu ada dua patty. Jadi, dua darab lima belas orang, dapatlah 30 patty. Banyaklah juga….”

“….rupa dah macam katering untuk birthday anak jiran dah. Tapi, yang datang bukan budak-budaklah. Yang datang semuanya macam bapak orang,”selorohnya.

Menu2 yang menyelerakan..

Malah, dia turut berkongsi beberapa menu yang dimasak sepanjang aktiviti barbeku itu berlangsung seperti ayam bakar, sup ayam, sos Thai, sparkling watermelon lychee termasuk pencuci mulut iaitu kek batik coklat ganache, Burnt Cheesecake dan churos Nutella.

Nak apply jadi kawan boleh?

Menu masakan yang disediakan oleh Khairul Aming itu membuatkan ramai meluahkan rasa cemburv dan teruj4 mahu menjadi sebahagian daripada rakannya kerana dapat menikmati juadah makanan pelbagai.

Untunglah siapa jadi isteri dia…

Ini camping atau katering? Sebab macam hotel

Sumber: TikTok @khairulaming

About admin

Check Also

Aliff Syukri jumpa Shuhada nasihat selamatkan rumah tangga, netizen pula minta tinggalkan Hafidz Roshdi

TINDAKAN usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri memuat naik video bertemu dengan isteri pelakon Hafidz Roshdi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *