Baru-baru ini, usahawan kontr0versi, Iqbal Zulkefli menjadi bualan netizen apabila dia meluangkan masanya untuk membelanjakan barang keperluan pembantu rumahnya telah mencvri perhatian netizen.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Iqbal di laman TikToknya, kelihatan dia membawa seorang pembantu rumahnya membeli pakaian di sebuah premis dan dipercayai dia telah menghabiskan beribu ringgit ketika berbelanja.
“Indah mula kerja dengan saya pada 23 Ogos, baru masuk empat hari. Ibu ayahnya sudah meningg4l dunia. Kembarnya pun meningg4l dunia di saat dia baru dipertemukan beberapa tahun lepas.
“Petang ini saya kosongkan jadual untuk pergi belikan keperluan asas Indah. Depan kamera, di luar pun beginilah saya. Saya terlalu teg4s ya?,” ujar Iqbal.
Bagusnya Iqbal ni! keperluan pembantu rumah pun dia jaga!
Sifat pemurah Iqbal mendapat reaksi positif daripada netizen dimana pelantun lagu Hujan itu tidak kedekut dalam membelanjakan wangnya demi memenuhi keperluan pembantu rumahnya.
Bukan itu sahaja, rata-rata netizen meluahkan rasa terharu serta memuji sifat tanggungjawab Iqbal yang membelikan keperluan solat dan tudung untuk pembantu rumahnya itu supaya tampil dengan imej berhijab.
Semoga Iqbal dimurahkan rezeki!
Dalam pada itu, majoriti netizen mendoakan agar rezeki usahawan yang berusia 28 tahun itu sentiasa dimurahkan selalu dan berharap Iqbal sentiasa kekal dengan sifat positif ini kepada orang sekelilingnya.
Sumber: TikTok @ahmadiqbalzulkefli