Ustaz Kazim Beritahu Sebab Sebenar Dia Hadir Masa Najib Buat Sump4h Mubahalah

” Tak payahlah berspekulasi kerana saya bukan orang poIitik..”

Itu penjelasan penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias atau Ustaz Kazim mengakui kehadirannya pada sesi sumpahMubahaIah dilakukan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri NAJlB Razak di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 21 Ogos lalu.

Menurut Ustaz Kazim, kehadirannya adalah sekadar memenuhi undangan NAJlB selaku kawan.

Tambah beliau, hubungannya bersama NAJlB serta isteri, Datin Seri R0smah Mansor adalah kawan serta kenalan, sementara ibu NAJlB, Allahyrhamah Tun Rahah Mohamed Noah mempunyai hubungan baik dengannya.

Ustaz Kazim turut berkata, selain NAJlB, beliau turut mempunyai hubungan baik dengan beberapa lagi tokoh poIitik termasuk Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria; selain pemimpin di barisan pembangkang termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan Dr Maszlee Malik.

” Takkanlah pemergian saya ke masjid itu terus dikira berunsur poIitik (kepartian) sedangkan sebagai seorang kawan kepada NAJlB, saya rasa tiada saIahnya kalau saya berjumpa dengannya untuk berziarah.

” Saya juga baik dengan Muhyiddin, Razman, Anwar, dan Dr Maszlee.

” Sebagai seorang penceramah bebas, saya memang tidak boleh memilih bulv (pilih kasih). Jadi tak payahlah berspekuIasi kerana saya bukan orang poIitik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pembukaan Pusat Dakwah PERKIM dan Rumah Ngaji Darul Sakinah di Kampung Paya, Batu Kurau, di sini hari ini.

Sebelum ini, sebuah portal berita dalam talian memetik bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Mujahid Yusof mendakwa NAJlB cuba bermain sentimen agama dalam kalangan pengikutnya untuk menunjukkan beliau tidak bersaIah dengan melakukan sumpahMubahaIah terbabit termasuk dengan kehadiran Ustaz Kazim ke sesi berkenaan.

Ustaz Kazim berkata, jika benar beliau berhasrat mencebvri poIitik, sudah tentu beliau menerima lantikan yang dibuat NAJlB terhadapnya pada 2015 untuk memegang jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno ketika itu.

” Namun saya tolak tawaran pelantikan itu sedangkan ia jawatan besar dalam Umno. Kalau saya (berhasrat menjadi) orang poIitik, sudah tentu saya menerimanya, namun saya tolak.

” Saya tidak mahu sebab saya lebih suka menjadi penceramah bebas.

” Jadi kalau masih ada kaitkan saya adalah orang poIitik, itu tidaklah tepat memandangkan (hubungan) saya baik dengan semua orang,” katanya

NAJlB sebelum ini dilapor melakukan sumpahMubahaIah di Masjid Kampung Baru di depan jemaah masjid berkenaan menjelang prosiding rayuan akhir kes bekas Perdana Menteri itu di Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos lalu.

NAJlB membacakan teks sumpah berkenaan selepas selesai solat hajat dan doa munajat bersama jemaah masjid berkenaan.

Dalam sumpah itu, NAJlB antara lain mengulangi penafian beliau terbabit dalam kes SRC International Sdn Bhd (SRC) atau ‘mengarahkan mana-mana anggota atau pengarah atau mana-mana pegawai SRC untuk menyeIewengkan apa-apa dana syarikat SRC ke dalam akuan bank aku untuk apa-apa tujuan pun’.

Bagaimanapun Selasa lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukvman 12 tahun pnjara serta denda RM210 juta yang dikenakan ke atas NAJlB yang didapati bersaIah menyeIeweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Pada Julai lalu, nama Ustaz Kazim turut diperkatakan apabila beliau menghadiri program Kenduri Rakyat Aidiladha Perikatan Nasional (PN) Perak di Manjoi, Ipoh yang turut dihadiri Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin selain beberapa lagi pucuk pimpinan dalam PN.

Muhyiddin ketika itu bagaimanapun menegaskan kedatangan Ustaz Kazim ke program itu tiada kaitan dengan poIitik sebaliknya hanya sebagai tetamu biasa sempena jamuan Aidiladha yang diadakan pada program itu memandangkan Ustaz Kazim menetap berdekatan lokasi program berkenaan.

Sumber:hmetr0

About admin

Check Also

Syamsul Kecew4 Tak Dapat Jumpa Puteri Sarah, Mahu Bincang Giliran Bermalam

Pengarah sens4si, Syamsul Yusof meluahkan rasa kecew4 apabila tidak dapat bertemu dengan isteri pertamanya, Puteri …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *