Dukung anak Iqbal, Vida luah hasrat mahu cahaya mata lagi

Penyanyi dan usahawan sens4si, Datuk Seri Vida meluahkan hasrat untuk kembali memiliki cahaya mata selepas lima tahun bergelar ibu tungg4l.

Menerusi perkongsian video di aplikasi TikTok, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman menyatakan demikian sekiranya diberi peluang bagi merasai rezeki seperti itu lagi.

“Saya pernah buat ujian kesuburan dan ternyata saya subur. Kalau saya dah bernikah, mungkin dah ada baby sebesar Ziyad.

“Mungkin belum rezeki saya untuk menimang cahaya mata lagi,” tulis usahawan kosmetik berusia 51 tahun itu dalam video tersebut.

Bagaimanapun, Vida berkata, dia percaya dengan perancangan ditetapkan Allah SWT mengenai soal jodohnya selain mahu memberi fokus terhadap kehidupan peribadi.

“Perancangan Allah itu lebih baik. InsyaAllah kalau Allah mengizinkan saya untuk bernikah dan dapat timang cahaya mata. Saya cukup gembira dan bersyukur.

“Saya nak betul-betul fokus dengan kehidupan peribadi. Saya hanya mampu berdoa agar dipermudahkan. Amin,” luahnya.

Dalam masa sama, penyanyi lagu Ku Ikhlaskan itu turut memuji pengorbanan Iqbal yang sanggup memikul tanggungjawab menjaga bayi lelaki berkenaan seperti anak kandung sendiri.

“Saya berpeluang berjumpa dengan anak angkat Iqbal iaitu Ahmad Ziyad. Seorang bayi yang hebat dan manja.

“Saya terharu dengan kesungguhan Iqbal ingin menjag dan membesarkan Ziyad seperti anak sendiri,” tulisnya lagi.

Terdahulu, k0nflik antara Vida dan Iqbal yang juga usahawan akhirnya terlerai apabila masing-masing memilih untuk berdamai selepas hampir setahun bermasam muka.

 

K0nflik terjadi sebaik hajat mereka untuk mendirikan rumah tangga tidak kesampaian sekali gus melalui pelbagai kontr0versi sehingga kedua-duanya didakwa suk4r bertegur sapa.

Sumber: TikTok @datoserividaofficial

About admin

Check Also

Aliff Syukri jumpa Shuhada nasihat selamatkan rumah tangga, netizen pula minta tinggalkan Hafidz Roshdi

TINDAKAN usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri memuat naik video bertemu dengan isteri pelakon Hafidz Roshdi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *