Maria Farida Dedah Masih Baik Dengan Bek4s Suami; “Anak Lelaki Selalu Pergi Rumah Dia Bila Hujung Minggu.”

Selebriti terkenal, Datin Seri Maria Farida mendedahkan hubungannya bersama bek4s suami masih baik meski telah bercer4i lebih 17 tahun.

Dedahnya lagi, hubungan baik yang terjalin oleh kerana anak lelakinya, Mizan Ashley sering bertemu bapa kandungnya apabila waktu hujung minggu.

“Hubungan saya dengan bekas suami masih baik sebab anak lelaki saya masih lagi pergi jumpa dia kadang-kadang.

“Anak lelaki saya selalu pergi rumah dia bila hujung minggu dan semuanya masih okey sehingga ke hari ini,” katanya.

Menurut suami aktres berusia 53 tahun ini, Datuk Seri Rahman Shakur berkata dia bersikap terbuka dan menghormati bekas suami isterinya itu.

“Macam saya, kami berdua hormat antara satu sama lain dan dia pun sangat menghormati saya.

“Jadi kita tidak boleh nak minta macam-macam. Bagi saya, kita kena hormat orang dan orang pun hormat kita. Syukur alhamdulillah,” katanya.

Imbas kembali, Maria pernah mendirikan rumah tangga bersama bekas suaminya itu sekitar tahun 1999 sebelum bercer4i pada tahun 2005.

Hasil perkongsian hidup bersama mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Mizan Ashley.

Selepas 10 tahun menj4nda, Maria berkahwin buat kali kedua bersama Datuk Seri Rahman Shakur pada 27 November 2015.

Maria telah berkongsi cerita tersebut menerusi program YouTube #MHThrowback Raya Media Hiburan, baru-baru ini.

Ikuti pelbagai lagi kisah menarik yang dikongsikan oleh Maria menerusi pautan video ini;

Sumber : MH

About admin

Check Also

“Siti Nurhaliza Pun Belum Tentu Tergamak Jual Semahal Ko…”, Azwan Ali Pertikai Harga Biskut Shuhada

Tular di media sosial sebelum ini apabila rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *