Seorang wanita mirip wajah pelakon popular Fazura mendapat perhatian netizen di laman sosial TikTok.
Individu yang dikenali sebagai Elle memuat naik hantaran video untuk menjawab soalan pengguna lain bertanya adakah dia Fazura.
“Bukan awak, bukan. Macam tu lah,” katanya.
Menerusi perkongsian video-video nya di TikTok @ellezacksteak, dibahagian komen dibanjiri dengan mengatakan dia mirip Fazura bukan sahaja dari segi wajah namun gaya dan suara yang hampir sama.
Selain itu, Elle menjelaskan dia sering mendapat maklum balas sebegitu daripada orang ramai.
“Dulu masa saya belajar di tahun ketiga, pada waktu cuti semester saya bekerja di KFC. Pengurus di situ cakap kenapa muka saya macam Fazura? Dia pun bertanya pekerja lain di situ dan semua cakap perkara sama.
“Tapi ada seorang pekerja yang ‘m4ti m4ti’ cakap bukan Fazura. Dia siap tanya ‘tang’ mana (di mana) yang sama. Siap tengok muka saya depan depan lagi. Saya okay saja,” katanya.
Kemudian, video tersebut mendapat perhatian Fazura dan menyapa ‘kembarnya’ itu.
“Oh.. Hi twin,” tulisnya.
Rata-rata netizen turut menyatakan hasrat untuk melihat mereka berdua bersama bersebelahan.
Sumber : Media