Siapa sahaja yang tidak kenal dengan figura bernama Nabil Ahmad ini. Merupakan seorang pelawak, pengacara dan penyampai radio, Nabil Ahmad sememangnya memiliki aura sempoi dan positif membuatkan ramai senang dengannya.
Malah hari ini kec0h di sosi4l media apabila satu video dengan paparan Nabil bersama rakan sekerjanya di radio Era sedang berada di dalam sebuah kedai minuman popular. Manakan tidak dalam rakaman tersebut difahamkan Nabil belanja rakan sekerjanya.
Pada asalnya bil minuman yang dipesan bersama rakan sekerja hanya RM300. Namun kemudiannya Nabil menyuruh rakan sekerjanya itu untuk mengambil tumbler di kafe berkenaan. Keseluruhan bil menjadi RM3,000. Wow!
Perkongsian video Nabil belanja rakan sekerja ini telah dimuat naik di Instagram Era Je. Berikut adalah perkongsian rakaman yang dimuat naik tersebut:
View this post on Instagram
Satu akhlak yang boleh dijadikan contoh kepada umum. Apa-apa pun perkongsian rakaman tersebut telah meraih lebih 100 ribu tontonan dan 7,000 likes. Di ruangan komen, peminat dan netizen meninggalkan kata-kata semoga Nabil murah rezeki kerana bersedekah kepada rakan-rakannya.
Selain dari itu ada juga yang menjadikannya sebagai inspirasi kerana tidak berkira untuk belanja rakan sekerja. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian video Nabil belanja rakan sekerja tersebut:
“Nabil ni dia ada aura dia sendiri. Itu sebab dia murah rezeki. Kunci untuk berjaya always be good and do good to others”
“Dia punya sekali belanja lagi tinggi dari gaji minimum Malaysia”
“Dia rasa pu4s tau kalau dapat bel4nja orang ni. Semoga dimurahkan rezeki Haji!”
“Teringin gak belanja orang macam ni. Tapi tu lah masih belum ada rezeki”
Sumber : Era