Amy Search kini bergel4r Datuk, terima Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M)

Penyanyi lagenda, Amy Search atau nama sebenarnya Suhaimi A. Rahman hari ini telah bergelar Datuk apabila dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka 2022 sempena Sambutan Hari Jadi Ke-73 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr Mohd Ali Mohd Rustam di Balai Istiadat.

Menerusi lapor4n dari Melaka Hari Ini, dalam istiadat tersebut juga, seramai 163 individu dianugerahkan D.P.S.M termasuklah Setiausaha Sulit Kanan Ketua Menteri Melaka, Borhan Othman Ali; Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, Dr Rusdi bin Abd Rahman; Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Waterfront Economic Zone (MWEZ), Mohd Yusof Abu Bakar; Pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah Negeri Melaka, Ramli Mohd Ali dan Panglima 1 Briged Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Mohd Saifulisham Baharun.

Selain itu, Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Mohd Zamri Mat Zain; Pegawai Daerah Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah, Saiful Hazwa Kipli dan Duta Malaysia ke Kemboja, Eldeen Husaini Mohd Hashim turut mendapat anugerah yang sama.

Abang Viva pun terima pingat

Difahamkan, Azwan Omar atau lebih dikenali sebagai Abang Viva turut menerima Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) atas usaha murninya memb4ntu m4ngsa-m4ngsa b4njir.

Amy Search merupakan penyanyi lagenda yang popular dengan kumpulan Search. Lagu-lagu dendangannya turut berjaya tembvs ke pasaran Indonesia sehingga ke hari ini dan sangat terkenal sewaktu era 80an dan 90an.

Sumber: Melaka Hari Ini (Mohamad Fazrul Abdul Majid)

About admin

Check Also

“Saya Tak Pernah Cakap Suami Saya Cur4ng, You All Yang Fitn4h Suami Saya”

Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila pelakon Datin Paduka Eina Azman memuat naik video dirinya men4ngis sekaligus …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *