Nama usahawan kosmetik kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi. Mana tidaknya, sejak akhir-akhir ini, dia menerima pelbagai kec4man serta krit1kan yang hebat susulan lagu terbaharunya yang berjudul Baby Sayang bersama penyanyi kontr0versi, Baby Shima.
Tohm4han demi tohm4han diterima, ia tidak membuatkan Aliff Syukri kenal erti ‘henti’ dan berputus asa bagi meneruskan rangka promosi karya terbaharunya.
Aliff Syukri dalam rancangan bual bicara Selamat Pagi Malaysia
Terbaharu, usahawan berusia 35 tahun itu dijemput dalam sebuah rancangan bual bicara Selamat Pagi Malaysia di saluran Rancangan Televisyen Malaysia (RTM) bagi tujuan promosi produknya.
Sempat dia selit lagu Baby Sayang…
Bagaimanapun, tular segmen Aliff mempromosikan produk lain pada hari yang berlainan di mana , dia dilihat mengambil kesempatan yang ada dengan ‘menyelit’ dan menyanyikan lagu Baby Sayang.
Menariknya, baru sahaja dua baris lagu Baby Sayang dinyanyikan oleh Aliff Syukri, pengacara program tersebut secara tiba-tiba ‘mem0tong’ nyanyiannya dan mencelah bertanyakan soalan lain.
Dia beli kat mana confident level tu?
Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana ramai mengakui rasa terhibur dengan tindakan spontan pengacara berkenaan selain mempersoal ‘confident level’ usahawan tersebut.
Macam Giant. Dah sumb4ng pun tetap nyanyi bagi semua dengar
Selain itu, terdapat warganet menyamakan tindakan Aliff Syukri itu seperti kawan Nobita iaitu Giant kerana tetap ‘nyanyi’ meskipun mengetahui suaranya sumbang.
Kemurvngan aku…
Patutlah hujan & ribut….
Sumber: TikTok @tikuscomel_xo