“Asalkan tak sumb4ng…”-Jamal sudi berduet dengan Aliff Syukri

Penyanyi lagenda, Datuk Jamal Abdillah menyatakan dia tidak kisah untuk menerima pelawaan berduet dengan usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri.

Bukan setakat Aliff Syukri sahaja, malah dia berlapang dada sekiranya mana-mana individu menaw4rkan diri untuk berduet bersama asalkan mereka dapat memenuhi syarat yang ditetapkan.

“Jika ditawarkan untuk berduet dengannya, saya anggap ia penghormatan dan kita pun dapat mengikuti trend serta kekal relev4n untuk bersama-sama berada di persada.

Syarat utama mesti kena nyanyi betul2 dan tak sumb4ng

Memetik portal KopiPlanet, penyanyi berusia 63 tahun itu meletakkan syarat di mana rakan duetnya perlu menyanyi dengan sepenuh hati dan tidak bersuara sumb4ng.

“Cuma, syarat utama saya, dia kena menyanyi betul-betul dan tidak sumb4ng kerana kita akan s4kit telinga dan orang pun tidak menyal4hkan saya,” jelasnya.

Aliff lebih kepada pr0mosi b1snes

Jamal yang dikenali sebagai Raja Pop Malaysia mengakui kebanyakan ‘nyanyian’ yang dilakukan oleh usahawan seperti Aliff Syukri adalah lebih kepada tujuan mempromosikan perniagaan sahaja.

“Semua pun tahu dia (Aliff) bukan penyanyi, namun saya melihat dia berkarya sebagai sebahagian daripada promosi bisnes.

Dia tak perlu belajar dengan guru vokal

Disoal mengenai ‘takdir’ jika berduet bersama, Jamal memberitahu dia sendiri akan menurunkan ‘key’ suara bagi memberi keseimbangan dengan Aliff Syukri.

“Kalau ditakdirkan kami berduet, dia tak perlu belajar dengan guru vokal. Cuma saya akan turunkan ‘key’ suara biar seimbang dengan usahawan berkenaan,” katanya.

Pun begitu, Jamal memaklumkan sehingga kini Aliff Syukri masih belum menghubunginya dan tidak mengetahui sejauh mana keser1us4n usahawan tersebut untuk berduet bersama.

Terdahulu, Aliff Syukri mendedahkan dia mempunyai hasrat untuk berduet dengan beberapa penyanyi popular seperti Jamal, Anuar Zain, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Awie.

Malah, Aliff juga mend4kwa dirinya adalah penyanyi nombor satu Malaysia kerana lagu-lagunya sentiasa ‘trending’ nombor 1 setiap kali dimuat naik di YouTube.

Sumber: KopiPlanet.com

About admin

Check Also

Kecantikan Marissa Dania dipvji net1zen, “Cantik macam mama Abby”

Anak perempuan kedua kepada pelakon dan penyanyi, Abby Abadi yang diberi nama Marissa Dania menar1k …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *