“Sudah 6 Tahun Berkahwin Tapi..”- Akhirnya Penyanyi Hazama Dan Isteri Buat Keputusan Ini…

Sudah enam tahun melayari kehidupan berumah tangga, penyanyi Hazama dan isterinya, Genervie Kam mahu berikh1iar untuk mendapatkan anak tahun hadapan dan mungkin menerusi proses perseny4waan in vitro (IVF).

Menurut Hazama, isterinya memang inginkan untuk mempunyai anak sendiri. Hazama bagaimanapun hanya berser4h kepada Allah selain berikht1ar.

Dalam pada itu, Hazama berkata tidak ter4sa h4ti apabila orang bertanyakan soal anak kerana bukan tugasnya untuk menjawab.

“Sebelum ini saya tenang saja dan anggap tak mengapa kita kena percaya pada ketentuan Allah. Dalam bab begini, penyerahan saya kepada Allah amat tinggi.

Tapi berserah itu berserah juga dan dalam masa sama kena ikhtiar. Sebelum ini hanya berdoa saja. Kalau ada, adalah. Sekarang kami bercadang akan ikhtiar cara ini pada tahun depan.

“Orang yang tak tahu akan tanya dan apabila saya beritahu tiada anak, mereka akan diam tanda mengh0rmati. Namun ia akan jadi lain apabila orang bagi pendapat itu dan ini.

Saya melalui perkara ini dan tiada tek4nan sangat untuk saya jawab.

“Tapi bila begitu (beri pendapat), benda ini boleh buat d4rah saya menyir4p juga. Jika babitkan kawan rapat, mereka faham dan saya tak perlu cerita lanjut.

Saya akan jadi tertekan apabila orang itu sengaja bertanya atas sebab tertentu, mungkin untuk jual sesuatu.

“Dia (isteri) pernah mengandung di luar rahim pada 2017 dan menjalani pembed4han. Tiub fallopio pada bahagian kiri juga sudah dibu4ng.

Kami dah dimaklumkan doktor kebarangkalian untuk ada anak agak susah. Saya faham umurnya dah berusia daripada saya, tapi kita ada Allah dan kalau Dia nak bagi pasti akan bagi.

“Kalau tak bagi pun pasti ada sebabnya. Saya ambil peluang ini untuk kami ‘enj0y’ dulu dan masing-masing fokus dengan karier.

Apapun isteri dalam usaha buat raw4tan badan untuk membolehkannya mengandung,” katanya.

Untuk makluman, Hazama dan Genervie yang merupakan seorang pengarah muzik itu mendirikan rumah tangga pada 14 Januari 2017.

Hazama fobi4 sampaikan lagu Terakhir Buat Teman

Selepas pemergian Allahy4rhamah Siti Sarah Raissuddin pada Ogos tahun lalu, penyanyi Hazama memilih untuk tidak menyanyikan single duet mereka berjudul Terakhir Buat Teman dalam mana-mana acara persembahan.

Hazama berkata, dia tidak menyangka seorang demi seorang yang terbabit dalam karya berkenaan meninggal dunia membuatkan dia fobia namun sebagai penyanyi dia akan sentiasa bertanggungjawab terhadap karya itu.

“Sebagai penyanyi dan yang masih hidup, saya tetap bertanggungjawab ke atas lagu itu. Kalau ada permintaan sama ada untuk menyanyi secara solo atau berduet, saya sedia.

“Kalau hendak menyanyi saja-saja, saya cuba men0lak dengan baik. Malah kalau ada persembahan atau konsert, lagu itu saya ketepikan daripada senarai dendangan.

“Seingat saya, kali terakhir menyanyikan lagu itu bersama arw4h Siti Sarah ketika mempromosikannya dalam program Malaysia Hari Ini (MHI),” katanya pada

sidang media sempena pelancaran lagu Makuta dendangannya bersama Luca Sickta dan Kmy Kmo di ibu negara, baru-baru ini.

Lagu Terakhir Buat Teman dicipta oleh Allahyarham Lok U dan Allahyarham Aji.

Tidak ketinggalan, penulis liriknya ialah Allahyarham Rudy Imran Shamsudin atau nama pena, Iman Imran.

Menurut Hazama, dia mengaku lagu terbabit terlalu berat dan pernah meminta penulis liriknya untuk mengubah judul asal dan beberapa perkataan.

“Lagu ini terlalu berat. Ada bahagian lirik di mana saya dan arw4h Siti Sarah mohon diub4h agar lebih lembut dan berlapik.

“Saya masih ingat, arw4h Rudy berkeras dengan karyanya. Sebagai penyanyi, saya hormati arw4h Rudy. Arw4h beritahu apa yang tertulis, tidak boleh diub4h,”

katanya sambil menambah judul asal lagu berkenaan adalah Nota Terakhir yang diubah kepada Terakhir Buat Teman.

Hampir setahun pemergian Allahy4rham Siti Sarah, Hazama mengaku sed1h setiap kali mengenang kembali gurauannya dengan penyanyi itu.

“Banyak momen dan situasi yang membuatkan saya rasa bers4lah. Kami ada kalanya bergurau benda di mana mungkin ketika itu dilihat biasa.

Apatah lagi, ketika itu, arw4h Siti Sarah sedang h4mil anak keempat,” katanya.

Sumber: gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

About admin

Check Also

Jod0h awal.. baru habis SPM, remaja bergelar isteri – “Semalam sek0lah, hari ni nikah”

Jodoh awal atau lewat, semuanya sudah ditetapkan Allah SWT sejak di Luh Mahfuz. Paling penting, masing-masing …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *