Baru-baru ini, perkongsian Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri di laman media sosial miliknya menarik perhatian ramai apabila beliau menyampaikan khutbah nikah buat majlis anaknya sendiri.
Khutbah nikah, tulus ikhlas daripada hati abah…
Menerusi video yang dimuat naik di laman Facebook tokoh ulama negara itu, dilihat beliau menyampaikan khutbah nikah yang tulus ikhlas daripada hatinya buat anakanda sulung tercinta, Mohammad Hasanain bin Zulkifli serta pilihan hatinya, Nurul Azzlina Nabilah binti Abdul Aziz.
Biasanya khutbah nikah saya lanc4r… tapi oleh kerana anak saya sendiri hari ini, saya tak mampu…
Namun, apa yang meny4ntuh peras4an, beliau kelihatan menahan seb4k dan mengakui suk4r mempersiapkan dirinya di majlis perkahwinan anak sendiri. Datuk Dr. Haji Zulkifli berkata, kebiasaannya dia lancar memberikan khutbah nikah di acara pengantin lain.
“Biasanya khutbah nikah saya lancar… tapi oleh kerana anak saya sendiri hari ini, saya tak mampu (minit 2.23),”ujarnya.
Dalam bahagia ada uji4n…
Dalam pada itu, beliau sempat menitipkan nukilan pesanan daripada seorang bapa buat anaknya dalam kehidupan berumah tangga bersama pasangan hidup.
“Anakku, setiap pasangan yang berkahwin bertekad untuk mendapat kebahagiaan. Tetapi hakikat tidak ramai yang dapat mengecapinya.”
“Ramai yang ingin menawan hati pasangan tetapi lupa yang hati itu hakikatnya milik Pemilik Segala Hati dan Cinta iaitu Allah SWT.”tulisnya.
Malah, beliau turut mengingatkan anakandanya bahawa dalam kebahagiaan hidup berumah tangga sebenarnya mempunyai uji4n dan ia adalah sunnatullah yang mematangkan serta menguatkan ikatan kasih buat pasangan suami isteri.
Sumber: Facebook Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Instagram @drzulkifli.albakri