Putera sulung pengacara Dayah Bakar telah menginjak ke usia 2 tahun, semalam.
Satu-satunya cahaya mata penyeri rumah tangga, Dayah Bakar dan suaminya, Muhammad Hanif Hamidi ini diberi nama Achbar Muhammad Fahri dan dilahirkan pada 17 Ogos 2020.
Terbaharu, perkongsian video di laman TikTok Dayah Bakar ternyata membuat ramai wargamaya mencvit hati dengan gelagat Fahri.
Ha ini kerana, Dayah dilihat sedang mengajar Fahri menyebut panggilan ‘ibu’ oleh dirinya namun namanya pula yang disebut.
Dalam rakaman video dikongsikan ini dapat didengar Fahri hanya memanggil Dayah menggunakan namanya sahaja.
“Fahri 2 years old esok,” tulis Dayah.
Perkongsian itu membuatkan warganet dan peminat terh1bur dengan gelagat Fahri namun memahami kerana anak-anak akan lebih mudah memanggil dengan panggilan yang biasa didengar di rumah.
Video yang dimuat naik di aplikasi TikTok itu kini meraih lebih 1.2 juta tontonan dan 100,000 tanda suka.
Di ruangan komen, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi terhadap video yang mencvit hati itu. Ada juga yang berkongsi tentang anak mereka juga selalu memanggil dengan panggilan nama sahaja.
Sumber: @dayahbakar