Malam ini, konsert Happier Than Ever World Tour gamat berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur yang dihadiri ribuan para peminat untuk berjumpa penyanyi antarabangsa kegemaran mereka, Billie Eilish.
Pelbagai ragam dan momen-momen dikongsikan oleh para peminat jelas kelihatan di media sosial seperti TikTok dan Twitter dan ia termasuklah selebriti media sosial, Khairul Aming yang turut tidak ketinggalan mengikuti konsert tersebut.
Sed1hnya sound system, tak clear pun Billie sebut apa…
Bagaimanapun, Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman meluahkan sedikit kekec3w4an dengan sistem pengurusan oleh pihak penganjur konsert tersebut sehingga menarik perhatian warganet.
Menerusi ciapan yang dikongsikan, Khairul Aming mengatakan sistem suara di konsert tersebut adalah sangat menyed1hkan di mana dia sendiri tidak dapat mendengar dengan jelas apa yang cuba diperkatakan oleh Billie semasa berada di atas pentas.
“Weh, sed1hnya sound system. Tak clear pun Billie sebut apa,”ciap Khairul Aming.
Jauhnya stage, aku redhooo….
Khairul Aming memberitahu dirinya redha dengan nasib yang menimpa dirinya ketika menonton konsert tersebut di stadium terutama kedudukan pentas dan tempat pengunjung yang hadir adalah tidak sama seperti yang diwar-warkan sebelum ini.
Expectation vs reality
Meninjau di ruangan komen, terdapat seorang pengguna Twitter dikenali @hakikisyafarudn memberitahu realiti sebenar lakaran pentas dan standing zone oleh penonton adalah sangat berbeza.
Semua kena sc4m ke?
Ini bukan first time handle kan handle concert? Mem4lukan Malaysia!
Bukan itu sahaja, malah mereka mengatakan ia secara tak langsung boleh meros4kkan imej pihak penganjur konsert tersebut lebih-lebih lagi ia adalah bertaraf antarabangsa.
Pihak penganjur, sila ambil ser1us dengan komen dan krit1kan penonton
Jarang Khairul Aming nak komplen kat media sosial
Sumber: Twitter @khairulaming