“Ingatkan Mak Akan Letak Harga ‘Pot0ng Kep4la’, Tapi…,” – Penerbit, Ayu Puteh Terkejvt Dengan Bay4ran Khatijah Tan

“Pengarahnya Ellie Suriaty, tambah pula ini filem pada zaman dia, jadi tak boleh tolak.”

Demikian kata penerbit, Datuk Normashayu Puteh atau Ayu Puteh yang menghargai penerimaan pelakon senior, Khatijah Tan untuk membintangi filem terbaharu terbitan syarikat produksinya, Pencil Pictures & Records Sdn Bhd berjudul Saadiah; Bekal Kasih Merdeka.

Ayu berkata, meski pernah menerima pelbagai penghargaan, namun Khatijah yang disapa sebagai Mak tidak berkira atau meletakkan harga terlalu tinggi untuk membintangi naskhah berkenaan.

“Kita ingatkan bila Mak sukakan projek ini selepas selesai baca skrip dan kita memang mahukan Mak, ingatkan dia akan letak harga ‘pot0ng kep4la’. Tapi Mak bukan macam tu, seperti segelintir pelakon.

“Dia teruja kerana ini projek filem epik dan mendukung watak Saadiah. Kalau nak diikutkan, dia bintang utama di dalam filem ini sebenarnya. Mak pun bukan bagi sikit-sikit, dia berikan ‘r0h’ untuk filem ini.

“Bila tengok babak lakonannya di set penggambaran Saadiah, buat kami rasa k4gum. Memang bakat Mak ‘gifted’ sebagai seorang pelakon,” katanya.

Melihat kepada komitmen tersebut, Datuk Ayu cuba memberikan bayaran yang lebih baik.

“Bila dia letak harga begitu, kami terk3jut. Saya dan Ellie saling memandang. Jadi mengenangkan bakat dan penghargaan kepada Mak, kami ‘tutup mata’, berikan harga lain untuk dia.

“Sebab dialah yang menghidvpkan keseluruhan cerita. Harga tersebut dia letak kerana awalnya ia super tele-movie dan tak masuk panggung, tapi skala nakshah ini besar.

“Mak masuk set dengan babak air mata tu, saya beritahu Ellie (bayaran lakonan) selepas tiga hari penggambaran dan kami saling memahami,” katanya lagi.

Ditanya persembahan Khatijah Tan menerusi Saadiah, Datuk Ayu kagvm dan berpuas hati.

“Saya sangat puas hati, tiada komen. Pertama kali ambil Mak berlakon, saya sudah jatuh cinta dengan dia. Mak juga tidak  ‘div4’, mudah berikan kerjasama.

“Begitu juga dengan pelakon lain alhamdulillah. Bagi saya, bakat lakonan yang dimiliki ini tidak boleh dibeli dengan duit,” katanya lagi.

Saadiah; Bekal Untuk Merdeka diinspirasikan daripada kisah b4lu anggota polis, Saadiah Abdullah yang menghantar makanan ke IPD Gerik selama 37 tahun sebagai mengenang arw4h suaminya, Alias Nik Daud yang meningg4l dunia pada 1975 dalam ser4ngan hendap pengg4nas komvnis sewaktu bertugas sebagai jurupandu bot di balai berkenaan.

Filem yang turut dibarisi Azriel Ismail, Kaka Azraff, Faizal Hussien dan ramai lagi ini bakal ditayangkan di pawagam tahun hadapan.

Sumber : Mstar.

About admin

Check Also

Jod0h awal.. baru habis SPM, remaja bergelar isteri – “Semalam sek0lah, hari ni nikah”

Jodoh awal atau lewat, semuanya sudah ditetapkan Allah SWT sejak di Luh Mahfuz. Paling penting, masing-masing …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *