Penyanyi Kirana memberikan re4ksi selepas ditanya mengenai segelintir selebriti yang memilih untuk kembali membuka hijab sehingga mendapat re4ksi pelbagai khasnya di media sosial.
Zizi, 37, atau nama sebenarnya Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil bagaimanapun tidak boleh memberikan komen panjang lebar selain meminta semua mendoakan yang terbaik.
“Saya rasa kasih4n kerana kita tidak tahu apa yang mereka lalui. Kita tak tahu apakah dug4an yang dilalui sampai ada yang terpaksa buat keputusan sedemikian.
“Saya percaya, ia pasti satu keputusan yang berat. Tapi itulah saya nak komen lebih-lebih pun, tak pasti kalaulah ia juga terjadi kepada diri-sendiri, bagaimana nanti? Jadi lebih baik untuk kita mendoakan yang terbaik,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai sejauh mana dia menc4ri kekvatan untuk kekal istiqamah selepas tampil berhijab, penyanyi lagu Pijak ini akui perkara tersebut bukan sesuatu yang mudah.
“Sebenarnya nak istiqamah itu yang paling sus4h untuk dilakukan. Sebab itu saya ketika awal-awal pasang niat untuk bertudung ia dibuat secara perlahan-lahan. Bukan secara dr4stik.
“Misalnya saya pakai dulu ketika di bulan Ramadan. Kiranya saya praktis supaya ia tidak terlalu meng3jut untuk diri sendiri.
“Macam sekarang apa-apa persalinan yang akan saya pakai pun, akan tengok dulu sama ada ia bersesuaian atau sebaliknya.
“Dari segi kerjaya pun sama. Bila buat persembahan kena tengok penampilan. Banyak benda yang perlu diambil kira. Berbeza berbanding dulu,” katanya lagi.
Zizi pada masa sama tidak meletakkan pvjian ramai terhadap penampilan yang sopan menjadi asbab utama mengenakan tudung.
“Saya tidak pernah terdetik pun rasa rindu (penampilan lama). Saya nekad, memang terus berdoa untuk kekal penampilan sekarang. Cuma bagi saya jangan sebab kita nak berhijrah kerana orang lain.
“Jangan sesekali bila orang pvji ‘cantiklah pakai tudung’ terus rasa nak bertudung semata-mata terima pvjian. Jangan begitu. Lebih baik ambil ia sebagai semangat. Ambilnya daripada sisi yang baik untuk bawa kita hijrah atau bevubah.
“Selepas itu ikutlah momentum sendiri. Terpulang juga kepada diri masing-masing. Kalau saya sendiri, buat secara perlahan-lahan,” katanya lagi.
Sumber : youtube