Penyanyi dan usahawan Ifa Raziah mengakui memang sengaja membuat siaran langsung yang memperlihatkan dirinya sedang bersembahyang.
Ifa atau Saripah Raziah Mustapha, 47, berkata, dia bertindak demikian kerana berasa geram dengan tvduhan segelintir netizen terhadapnya yang sering mempersoalkan amal ibadahnya selama ini.
“Memang saya nak menunjuk kepada umum bahawa saya tidak menc4bar Allah. Sekiranya betul saya ingin mencab4r Tuhan, buat apa saya buat semua itu.
“Ada mengatakan saya ini seorang j4hil dan ahli ner4ka. Kalau saya ahli ner4ka, ya mungkin memang sebab tidak layak masuk syurga sebab orang layak itu adalah mereka yang mengata saya,” katanya.
Ifa berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Wonder Suit by Jovian yang diadakan pada Rabu.
Dalam pada itu, Ifa berkata, mereka yang mengh1na dan mengec4m dirinya tidak pernah mengenalinya secara dekat apatah lagi tinggal sebumbung dengannya.
“Setiap pagi saya akan bangun solat Tahajud sekitar pukul 3.30 pagi atau 4.30 pagi. Betapa indahnya Allah kejutkan saya dengan kasih sayang sebab tak perlukan alarm untuk bangun.
“Kemudian saya teruskan dengan solat Subuh, membaca al-Quran sehingga pukul 8 pagi. Kemudian saya tidur sekejap sehingga pukul 11 pagi,” jelasnya.
Dalam pada itu, Ifa meneg4skan dia tetap menjaga hubungan dengan Allah dan menunaikan kewajipan sebagai seorang umat Islam.
“Mereka fikir saya tidak bertudung, jadi saya tidak solat dan sebagainya. Saya tetap solat seperti mereka tonton dalam video live itu, saya terus solat apabila masuk waktu tetapi mereka yang menonton tidak solat.
“Pada saya taufiq hidayah itu serah kepada Allah. Apa yang saya tahu, saya sudah banyak berubah dalam keadaan sekarang berbanding dulu. Ya, mungkin bertudung sahaja belum,” katanya.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @DailyNews
Sumber: Mstar
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.